Wednesday 21 December 2011

Zuraidah mahu wanita dilayan seperti bola ragbi


YB Zuraidah Kamaruddin, ahli Parlimen PKR untuk Ampang dijemput memberi ucapan dalam satu kursus program motivasi kepada bakal-nakal pengantin.

Imej Zuraidah agak tercemar sejak digelar blogger sebagai hantu Mak Lampir sebagai membayangkan karakter Ketua Wanita PKR yang aggresif dan lantang. Tetapi ramai tidak tahu bahawa Zuraidah adalah aktivis Islam dari perkumpulan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Sebagai aktivis wanita, Zuraidah memberi peringatan kepada bakal-bakal suami.

"Tuan-tuan pasti sayang bakal isteri tuan-tuan sekelian sekarang. Saya takut perasaan itu akan berubah mengikut masa dan keadaan dan tuan-tuan mula berubah anggapan terhadap wanita kemudiannya.

Katanya, "Tuan-tuan, wanita itu bukan TISU untuk anda sudah sedap lap hingus dan buang."

Tersentak hadirin mendengar pembukanya.

"Wanita itu bukan BAJU untuk setiap minggu anda mahu nak tukar yang baru. Wanita itu bukan PATUNG untuk anda layani dengan enteng setelah anda mendapatnya sebagai pasangan."

Zuraidah terus dengan kata-kata provokatifnya.

"Dan, wanita itu bukan PELACUR untuk anda guna, bayar dan tinggalkan saja!"

Pooh tersentak orang-orang bujang yang dengar. Terperanjat bercampur takut masing-masing.

Zuraidah meneruskan lagi, "Wanita itu bukan ROKOK untuk anda hisap dan dibiar dibuang dan pijak lepas habis dipakai. Wanita itu bukan TV untuk hanya sekadar untuk menghiburkan anda ketika kelapangan."

"Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, wanita bukan itu semua.

"Jadikanlah wanita macam BOLA RAGBI. Apabila dapat, DILINDUNG...SAMPAI ke gol! Dan ketika tidak dapat, KEJAR SAMPAI DAPAT ..."

Shahrizat atau Zuraida yang lebih mirip Mak Lampir? - Kuda Ranggi

Isu panas membabitkan keluarga Menteri Pembngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin panas bahkan mula mendidih. Semuanya kerana sikap ketua Wanita Umno itu sendiri yang telah dan masih  mengalihkan isu itu termasuk kepada Wanita Umno, wal hal ia tiada kaitan sama sekali dengan Wanita Umno.

Shahrizat menggunakan pentas Wanita Umno untuk membidas dan menghentam ketua wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Ampang,  Zuraida Kamaruddin. Perbuatan Shahrizat tidak disenangi oleh sebilangan tokoh veteran Wanita Umno kerana ia tiada kaitan sama sekali dengan pergerakan itu.

Tepukan dan jeritan sebilangan ahli Wanita Umno yang sesekali kedengaran semasa ketua mereka berucap pada mesyuarat agung pergerakan itu tidak ubah dan boleh disamakan dengan sorakan muda-mudi yang menghadiri konsert rock. Selepas konsert, semuanya pulang kerana terhibur dan tidak lebih daripada itu.

Sekurang-kurangnya muda-mudi yang menghadiri konsert rock rasa berbaloi dengan hiburan itu sedangkan perwakilan wanita Umno pulang dengan beberapa tanda tanya mengenai kedudukan ketua mereka. Perlu diingatkan bukan semua ahli yang menyokong dan setuju dengan tindakan Shahrizat mengaitkan masalah 'peribadi' dengan pergerakan itu.

Shahrizat mengaitkan pembangkang kononnya sebagai 'anasir' yang menyerang beliau dan Wanita Umno berkaitan isu ladang ternakan lembu  (NFC)  yang mendapat peruntukan atau pinjaman  RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan dimana suami  dan anaknya merupakan 'orang kuat' dalam perbadanan itu.

Shahrizat lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa isu NFC tidak dibangkitkan oleh pembangkang tetapi oleh Ketua Audit Negara melalui laporan tahunannya. Isu itu turut  dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat oleh salah seorang "hulubalang"  dari parti Shahrizat sendiri, iaitu Bung Mokhtar Radin yang mendesaknya meletak jawatan.

Sudah tentu pembangkang turut membangkitkan isu NFC kerana ia membabitkan wang rakyat, soal kewibawaan, integriti, ketelusan dan kesaksamaan dalam melaksanakan projek yang berkaitan dasar kerajaan. Bodohlah wakil-wakil rakyat pembangkang sekiranya mereka membisu seribu bahasa.

Selain Bung Mokhtar, beberapa orang pemimpin pertengahan Umno turut mendesak Shahrizat melepaskan jawatan Kabinet yang disandangnya demi kepentingan parti. Mereka menyifatkan ia sebagai satu beban kepada parti yang bakal menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Saya juga mendapat tahu bahawa ada ahli perwakilan ke perhimpunan agung Umno yang ingin membangkitkan isu NFC tetapi telah dilarang oleh pucuk pimpinan. Benarlah apa yang dinyatakan sebelum ini oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, iaitu tiada kebebasan bersuara 'sepenuhnya' dalam Umno.

Mungkin kerana tidak tahan melihat Umno menjadi bahan serangan bertubi-tubi oleh lawan, maka seorang ketua bahagian yang lantang bersuara melalui media arus perdana khususnya Utusan Malaysia, iaitu Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meluahkan isi hatinya dengan menasihati Shahrizat supaya meletakkan kepentingan parti di atas kepentingan-kepentingan lain. Beliau merujuk kepada isu NFC yang menurutnya seperti kata-kata kiasan "memikul biawak hidup".

Dalam erti kata yang mudah difahami, Syed Ali mendesak Shahrizat letak jawatan kerana isu NFC pasti akan menjejas  Umno yanag sememangnya sudah "tenat" apabila menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Desakan Syed Ali nampaknya tidak disenangi oleh "penyokong" Shahrizat yang pada 15 Disember lalu, atas nama NGO yang tidak pernah dengar "menyerang" pejabat Umno Bahagian Cheras kononnya untuk menyerah memorandum berkaitan isu "biawak hidup" kepada ketua Umno berkenaan.

Turut sama dalam "pasukan"  ke Pusat Rekreasi Cheras yang menempatkan pejabat Umno itu ialah dua orang pegawai dari pejabat Shahrizat. Nah, sudah terang dan tidak perlu disuluh lagi, bahawa siapa yang turut terlibat.

Saya difahamkan bahawa mereka dilayan dengan baik oleh ketua dan kakitangan pejabat Umno Bahagian Cheras tetapi apa yang berlaku agak mendukacitakan kerana ada percubaan untuk mencederakan Syed Ali sehingga pegawainya terpaksa memanggil polis untuk mengawal keadaan. 

Hujung minggu lepas, Shahrizat turun ke Ampang, kubu kuat Zuraida Kamaruddin, ketua wanita PKR yang dijadikan sasaran serangannya. Marah betul Shahrizat kepada Zuraida yang berulang kali mendesaknya meletak jawatan berhubung isu NFC.

Zuraida Kamaruddin turut digelar sebagai "Mak Lampir" iaitu satu watak dalam filem seram Indonesia dan dia dijadikan bahan serangan semasa Shahrizat turun ke Ampang.

Nampaknya Shahrizat masih tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar akan kenyataan bahawa isu NFC yang membabitkan suami dan anaknya menjadi "barah" kepada Umno yang sedikit demi sedikit merebak ke seluruh anggota yang akhirnya membunuh.

Shahrizat tidak perlu "hemoi" atau tebal muka untuk menerima kenyataan. Beliau tidak seharusnya "menyerah" kepada pucuk pimpinan untuk menentukan kedudukannya. Jika dia sayangkan parti yang begitu baik dan berbudi kepadanya walaupun dia tumbang kepada seorang yang boleh diibaratkan sebagai "anak" pada pilihan raya umum lepas,  dia mesti letak jawatan parti dan kerajaan. Itulah tindakan yang betul yang mesti diambil olehnya.

Siapa yang lebih layak digelar "Mak Lampir", Shahrizat atau Zuraida?

Friday 2 December 2011

Bahan hujah...

Indeks jenayah P Pinang turun 20.1 peratus - sumber Malaysiakini
Indeks jenayah Pulau Pinang berjaya mencatatkan penurunan sebanyak 20.1 peratus dalam tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Zahruddin Abdullah.

Beliau berkata penurunan kadar jenayah itu melepasi sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang menetapkan penurunan 20 peratus.

"Jumlah kes-kes jenayah yang dilaporkan sehingga November tahun ini ialah 9,011 kes berbanding 11,281 kes pada tahun lepas," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Beliau berkata penurunan yang ketara berlaku pada jenayah ragut melibatkan 1,088 kes tahun ini berbanding 1,793 kes pada tahun lalu. Manakala jenayah pecah rumah mencatatkan penurunan sebanyak 445 kes berbanding 1,996 kes dilaporkan tahun lepas.

Walaubagaimanapun menurut Zahruddin kes samun motosikal mencatatkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun lepas.

"Tetapi kawalan sentiasa diperkemaskan dari semasa ke semasa. Pemilik motosikal perlu lebih berhati-hati kerana pencuri motosikal kini menaik taraf peralatan yang digunakan untuk memudahkan kerja-kerja merompak," katanya.

Antara kawasan yang menerima laporan kehilangan motosikal paling kerap adalah di Seberang Perai Timur dan Daerah Timur Laut.

Wednesday 30 November 2011

Menarik untuk direnungkan

Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sekarang dikatakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 yang diramal diadakan sebelum sambutan tahun baru Cina.

Perwakilan dan pemerhati parti dari seluruh negara kecuali Sarawak, seperti lazimnya, menyambut baik saranan dan nasihat presiden parti terutama yang bersangkut paut dengan pemilihan calon pilihan raya akan datang.

Semuanya berjanji akan patuh menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh kepimpinan parti. Itulah gambaran yang dilakarkan oleh media terutama media yang dikawal atau dikuasai  Umno.

Namun demikian, kita percaya bukan semua ahli yang secara jujur dan ikhlas menyokong apa yang dinyatakan oleh presiden parti, terutamanya mereka yang bercita-cita dan mengharapkan untuk dipilih sebagai calon.

Presiden dan timbalan presiden UMNO mengakui bahawa pilihan raya umum ke-13 bukanlah sesuatu yang mudah dan disifatkan oleh orang nombor dua dalam parti itu sebagai 'ibu segala pilihan raya'. Ini bermakna UMNO sedar bahawa bukan senang bagi parti itu dan rakan-rakan kongsinya dalam Barisan Nasional (BN) untuk menang. 

UMNO sendiri sedar bahawa parti itu mesti meletakkan calon yang boleh menang, iaitu calon yang boleh diterima oleh rakyat dan ia tidak semestinya calon yang dipilih dari kalngan pemimpin peringkat bahagian. Calon yang boleh menang mungkin berada di luar bahagian berkenaan atau ahli biasa yang tidak menetap di kawasan yang ditandinginya.  

Persoalannya, mahukah kepimpinan peringkat bahagian menerima calon berkenaan kerana selama ini, UMNO mengamalkan cara pemilihan calon yang bersandarkan kepada kepimpinan peringkat bahagian. Inilah cabaran yang mesti dilalui oleh parti kerana ia bukan sesuatu yang mudah.
UMNO sedar bahawa parti itu menghadapi berbagai masalah,  kesulitan dan dugaan di kalangan ahlinya sendiri selain menghadapi cabran hebat parti lawan terutama PAS. UMNO telah melalui penyusunan dan perubahan sejak parti itu diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk terus kekal relevan dalam arena politik Melayu.
Perubahan yang dilakukan didorong oleh keperluan semasa tetapi ia belum mencukupi untuk menjamin kelangsungan hidup parti terutama di kalangan generasi muda yang mepunyai selera dan naluri kehidupan yang jauh berbeza dengan golongan dewasa. Di sinilah letakn ya kelemahan utama UMNO berbanding dengan parti-parti lawan.
Banyak isu dan kejadian yang membabitkan tokoh-tokoh UMNO sama ada secara langsung atau tidak dilihat sebagai barah yang sedikit demi sedikit memusnahkan kepercayaan. Isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kehidupan mewah, kedudukan dan pangkat tidak terlepas daripada perhatian rakyat.
Perkara ini berlaku kerana di kalangan kepimpinan UMNO semua peringkat, ada diantaranya yang tidak menyedari akan tangungjawab, tidak mengutamakan kepentingan parti dan ahli-ahlinya kecuali kepentingan diri sendiri. 
Seperti yang ditegaskan oleh presiden UMNO,  pemimpin dan ahli parti kena berubah, jika tidak mereka akan diubah. Perubahan pasti akan berlaku pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya UMNO salah pilih calon dan apa yang dapat dikatakan ialah hampir separuh daripada wakil rakyatnya yang ada mesti diubah untuk mengelak parti itu rebah. - Kuda Ranggi

Friday 25 November 2011

SELANGOR PUN SAMA KE???

Projek IC 'cemari daftar pemilih' di Sabah oleh Nigel Aw - Malaysiakini
Walaupun parti-parti politik Sabah berbeza dalam cadangan mereka untuk menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mereka sepakat  dalam aduan mereka bahawa apa yang dipanggil Projek IC, telah mengubah demografi negeri itu dan mencemari daftar pemilih.

Ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran awam kedua jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini, beberapa parti politik menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

Antara parti politik yang memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili hari ini ialah Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.

Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan Umno.

suhakam roundtable kk sabah 020806 dr chong eng leongAhli jawatankuasa PKR, Dr Chong Eng Leong, berkata, selain
menubuhkan RCI, mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula.

"Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja - keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini," kata bekas ahli politik PBS itu.

Chong adalah antara mereka yang mendedahkan Projek IC pada 2006, semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti di Sabah.

Sebagai contoh, Chong berkata penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.

"Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000... Mengapa ada 150,000?"

Sambil membangkitkan kadar pertumbuhan penduduk Sabah yang luar biasa, beliau berkata, jika ia mengikut kadar pertumbuhan Sarawak, negeri itu kini sepatutnya ada seramai 1.617 juta penduduk dan bukannya 2.354 juta pada 2010.

"Penduduk kami adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya."

Friday 18 November 2011

Ketua Menteri Pulau Pinang 'anti-Melayu', sejak zaman Chong Eu?

Kebenaran tu haq - Kuda Ranggi.

Kecuali  mendiang Tan Sri Wong Pow Nee, setiap seorang ketua menteri Pulau Pinang tidak terlepas daripada dituduh 'anti-Melayu'.
Mendiang Pow Nee yang menerajui pentadbiran Negeri Pulau Pinang sejak Merdeka sehingga pilihan raya umum 1969, terlepas daripada tuduhan itu mungkin kerana sentimen orang Melayu tidak dipengaruhi politik perkauman yang tebal. Rakyat Pulau Pinang memilih Perikatan, iaitu kerjasama tiga buah parti politik yang mewakili kaum Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC) demi mengekal perpaduan dan kerjasama antara kaum.
Kehidupan orang Melayu ketika itu bukanlah senang dan mereka menghuni kampung-kampung tradisional bukan sahaja di Seberang Perai tetapi di bahagian pulau termasuk dalam kawasan bandar raya George Town. Kemiskinan bukan sahaja menimpa orang Melayu tetapi Cina dan India terutama dalam kawasan bandar dan pinggir kota.  
Walaupun Perikatan menguasai pentadbiran negeri, pihak  yang menguasai Majlis Bandar Raya George Town, iaitu pihak berkuasa tempatan tertua dan pertama di negara ini selepas pilihan raya tempatan diadakan, ialah gabungan dua buah parti politik berhaluan kiri,  Partai Sosialis dan Partai Buruh yang membentuk Barisan Sosialis atau "Socialist Front".
Tiada banyak masalah yang timbul walaupun pentadbiran negeri dan pentadbiran kerajaan tempatan dipegang oleh dua buah gabungan parti politik yang berlainan ideologi. Pentadbiran negeri pimpinan Pow Nee menerajui negeri tanpa membawa banyak perubahan dalam bentuk pembangunan fizikal mahupun sumber manusia yang sekarang disebut sebagai pembangunan insan atau modal insan.
Pulau Pinang mula melihat dan merasai perubahan dalam pembangunan apabila pentadbiran Gerakan pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu mengambil alih pada 1969.  Atas daya usaha allahyarham Tun Abdul Razak, Gerakan membentuk kerajaan campuran dengan UMNO yang kemudiannya berkembang membentuk Barisan Nasional.
Chong Eu membawa perubahan besar kepada ekonomi Pulau Pinang apabila beliau berjaya membawa masuk industri elektronik terutama dari Amerika Syarikat dan Jerman. Zon Perdagangan Bebas dan Zon Industri Bebas wujud membuka beratus ribu peluang pekerjaan dan membawa rahmat bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang tetapi negeri-negeri di utara Semananjung dan Pantai Timur. 
Berpuluh  ribu anak Melayu dari kampung dan desa di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terenggu dan Pahang berhijrah ke Pulau Pinang untuk bekerja di kilang-kilang elektronik selain anak watan Pulau Pinang.
Berkat usaha  Chong Eu membawa masuk industri elektronik, ramai keluarga Melayu dapat dikeluarkan daripada takrif kemiskinan.
Selain industri elektronik, Chong Eu turut membangun semula industri pelancongan ekoran tindakan kerajaan persekutuan menarik balik taraf pelabuhan bebas Pulau Pinang untuk diberi kepada Langkawi.  Penarikan taraf pelabuhan bebas itu dilihat sebagai satu tindakan yang bermotifkan politik dan Chong Eu terpaksa bekerja keras untuk memulih industri pelancongan pulau peranginan yang digelar "Mutiara Timur" itu.
Pembangunan pusat-pusat peranginan dan hotel tepi pantai bertaraf antarabangsa berjaya memulih industri pelancongan walaupun Pulau Pinang bukan lagi 'syurga membeli belah' seperti yang wujud semasa bertaraf pelabuhan bebas.
Walaupun Chong Eu berjaya membawa keluar Pulau Pinang daripada kemurungan akibat penarikan balik taraf pelabuhan bebas dan secara tidak langsung membantu beratus ribu anak Melayu yang menganggur bekerja di kilang-kilang elektronik, beliau tidak terlepas daripada tuduhan 'anti-Melayu'. 
Pengganti beliau, Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon juga tidak terlepas daripada tuduhan sedemikian walaupun beliau tidak sehebat Chong Eu tetapi sekadar meneruskan dasar pembangunan yang diletak asasnya oleh Chong Eu.
Sekarang, ketua menteri DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng pula menghadapi tuduhan 'anti-Melayu'. Tuduhan yang dihadapinya agak unik dan lebih teratur dan dirancang dengan teliti.
Guan Eng  kurang bernasib baik berbanding Chong Eu dan Tsu Khoon kerana dia menghadapi 'bantahan' termasuk secara demonstrasi jalanan oleh kumpulan-kumpulan yang kononnya mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO).  
Penunggang motosikal yang kebanyakannya mewakili penunggang 'kapcai' turut berdemonstrasi menghentam pentadbiran Guan Eng dan mendesak diadakan trek lumba motosikal untuk mereka. Demonstrasi mat-mat motor itu sudah tentu diatur dan dirancang oleh pihak tertentu yang disokong oleh kepentingan politik. Bukan mudah untuk mengumpul sebegitu ramai penunggang motosikal berkumpul di satu tempat untuk bermotosikal ke satu tempat lain secara serentak jika tidak dirancang terlebih awal.
Kita ingin tanya penganjur demonstrasi mat motor itu sama ada mereka sedar atau tidak, negeri-negeri lain juga tiada trek lumba motosikal khusus untuk mat-mat motor atau yang disebut polis sebagai samseng jalan raya. 
Selain penunggang motosikal, pengayuh beca pun dijadikan alat untuk golongan tertentu untuk membantah  pentadbiran Guan Eng dengan bermacam tuduhan. Sekali lagi, kita lihat ada perancangan terlebih dahulu untuk mengumpul pengayuh beca berkenaan.   
Sama seperti Chong Eu dan Tsu Khoon, Guan Eng juga dituduh 'anti-Melayu' dan tuduhan yang dihadapinya jauh lebih berat  kerana ia membabitkan dalang yang mewakili parti politik yang ditolak oleh rakyat Pulau Pinang.
Orang Melayu Pulau Pinang harus sedar bahawa mereka akan terus ditadbir oleh seorang ketua menteri bukan Melayu kerana UMNO, melalui presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, telah memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan tuntut jawatan itu walaupun menang besar. Adakah orang Melayu Pulau Pinang akan mengulangi tuduhan 'anti-Melayu' kepada ketua-ketua menteri berikutnya? 
Orang Melayu Pulau Pinang juga harus lihat kehidupan para pemimpin mereka yang sering memperalatkan golongan Melayu bawahan untuk membantah itu dan ini sedangkan mereka menghuni kediaman  mewah, berkereta mewah dan saban tahun bercuti ke luar negara. 
Penunggang motosikal dan pengayuh beca harus bertanya kepada kepimpinan Melayu Pulau Pinang apa yang mereka buat atau usahakan untuk membantu orang Melayu miskin, yang menganggur dan tiada kediaman tetap? 
Jangan terlalu mudah menuduh orang lain sebagai 'anti-Melayu' sedangkan di kalangan orang Melayu sendiri wujud mereka yang tidak memperdulikan untung nasib bangsanya sendiri.

Friday 4 November 2011

Lagi kata .. Kuda Ranggi

Zainal Keling buat kenyataan tidak berasas mengenai sejarah

Malaysia ataupun Malaya tidak pernah dijajah, kata Prof Zainal Keling. Ini bermakna pelajaran sejarah yang rakyat Malaysia pelajari di sekolah selama ini adalah salah dan satu penipuan besar.
Itulah yang dapat dikatakan.
Jika Malaysia atau Malaya tidak pernah dijajah, kenapa pemimpin-pemimpin negara perlu ke London untuk berunding dengan pihak berkuasa United Kingdom untuk mendapatkan kemerdekaan?
Kenapa kita perlu menurunkan bendera Union Jack dalam satu upacara gilang gemilang di Dataran Merdeka [Padang Kelab Selangor] dan dinaikkan pula Jalur Gemilang sebagai menandakan tamatnya pentadbiran Inggeris dan digantikan oleh pentadbiran atau sebuah kerajaan merdeka?
Jika negara ini tidak pernah dijajah, siapa yang memerintah Melaka apabila Portugis merampas tampuk pemerintahan Kesultanan Melaka pada 1511? Selepas itu diambil alih oleh Belanda, kemudian Inggeris, selepas itu Jepun dan akhirnya Inggeris sebelum Merdeka pada 31 Ogos 1957.
Itulah sejarah yang diajar dan dipelajari di sekolah dan kepimpinan kita sebelum dan selepas Merdeka merujuk kepada Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sebagai penjajah. Adakah mereka salah?
Kita ingin tahu apakah tujuan sebenar Prof Zainal Keling menyatakan bahawa negara ini tidak pernah dijajah? Adakah dia menafikan sejarah?
Atau ia tidak lebih daripada nak mengampu pihak tertentu.

Saturday 22 October 2011

Muammar Gaddafi - di sebalik propaganda Barat - Kuda Ranggi

Allahyarham Muammar Gaddafi yang menerajui Libya selama 42 tahun akhirnya menemui ajal ekoran pemberontakan yang disokong Barat selama lapan bulan. Walau apapun yang dikatakan oleh Barat melalui media yang dikuasai mereka, sebagai seorang Muslim, saya mendoakan semoga Allah merahmati ruhnya, mengampuni  dosa-dosanya dan menerima semua amal ibadahnya.
Kematian, atau lebih tepat mati syahidnya, menjadi tanda tanya sama ada ditangan pemberontak atau akibat serangan jet pejuang NATO. Pihak pemberontak mendakwa Muammar mati setelah cedera akibat serangan pasukan mereka tetapi yang jelas pemimpin Libya itu mati akibat serangan NATO.
Kematian Muammar Gaddafi menambah bilangan pemimpin dan pejuang beragama Islam di tangan kuasa Barat yang dikepalai  Amerika Syarikat dan disokong oleh Zionis Yahudi.  Satu demi satu negara Islam, terutama yang kaya dengan hasil maksul bumi seperti minyak dan gas, dikuasai oleh golongan yang dicucuk hidung oleh Barat.
Kita hairan kenapa kebangkitan rakyat di Bahrain tidak disokong oleh Barat sedangkan mereka (Barat)  begitu cepat mencampuri dan memberi sokongan kepada kebangkitan di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan  Suria atau Syria?
Pemimpin Bahrain yang benar-benar zalim sehingga sanggup memenjara dan menghukum para doktor dan petugas hospital semata-mata kerana memberi rawatan kepada rakyat yang bangkit menentang kezaliman itu terus di sokong Barat dan tali barut utamanya, Arab Saudi.
Apa yang berlaku di Bahrain dilihat oleh Barat sebagai satu peperangan proksi antara pengaruh Iran (Syiah) dengan Arab Saudi (Suni/Wahabi) dan memandangkan Iran menjadi musuh utama Amerika Syarikat dan Barat, maka Bahrain tidak diganggu gugat walaupun ia menzalimi rakyatnya sendiri.
Lain pula ceritanya dengan Libya atau Muammar Gaddafi.  Barat, terutama Itali, Perancis dan United Kingdom dengan bantuan logistik Amerika Syarikat, melancar serangan bom dan peluru berpandu ke atas negara tersebut sedangkan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanyalah menguatkuasa zon larangan terbang, bukan menyerang bertubi-tubi. 
Dunia saban hari dihidangkan berita yang memberi gambaran bahawa Muammar Gaddafi adalah seorang pemimpin atau diktator yang zalim. Dia mesti diguling atau dihapuskan atas nama 'demokrasi' yang diterima Barat. Yang peliknya, kenapa 'demokrasi' yang sama tidak dikenakan ke atas Bahrain? 
Oleh kerana begitu hebatnya propaganda media Barat mengenai 'keburukan' Muammar Gaddafi, maka dunia mempercayainya, termasuk kita di Malaysia. Media Malaysia menerima bulat-bulat apa yang disaji oleh media Barat.
Kita tidak menafikan bahawa sebagai seorang manusia biasa, Muammar Gaddafi tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi,  kita tidak boleh lupa jasa dan sumbangannya kepada rakyat dan negara Libya yang tidak dilaporkan oleh media Barat. 
Ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa di bawah pemerintahan Muammar Gaddafi, rakyat Libya mendapat bekalan letrik secara percuma, bank-bank milik kerajaan tidak mengenakan faedah atas pinjaman (sifar riba), pelajaran/pendidikan dan rawatan perubatan adalah percuma, kerajaan memberi subsidi 50 peratus untuk pembelian kereta, dan kadar celik huruf mencapai 83 peratus.
Libya juga tidak menanggung beban hutang luar negeri dan jumlah rizabnya mencecah 150 bilion dolar Amerika atau RM470 bilion.
Muammar Gaddafi juga membina projek pengairan terbesar di dunia bukan untuk bermegah tetapi  memastikan rakyatnya mendapat bekalan air untuk keperluan hidup. Kebajikan rakyat menjadi keutamaannya termasuk memberi 'gaji setara' kepada para graduan yang menganggur sehinggalah mereka mendapat pekerjaan.
Jika benar Muammar Gaddafi seorang diktator yang zalim seperti yang disebar fitnah oleh Barat,  sudah tentu dia tidak akan melaksanakan semuanya itu. 
Adalah sesuatu yang amat menyedihkan untuk melihat musibah yang menimpa Iraq akan turut dirasai oleh Libya.  Hasil maksul bumi Iraq kini dikuasai oleh Amerika Syarikat dan perkara yang sama akan berlaku ke atas Libya.  Barat melakukannya atas nama 'demokrasi' dan hak asasi manusia mengikut acuan mereka sendiri. 
Dunia Arab dan dunia Islam hanya mampu melihat.      

Friday 30 September 2011

Satu lagi kata dia..

Hishamuddin Rais
Sep 17, 11
2:19pm
Untuk yang kurang sedar
British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.
Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.
Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.
Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.
Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.
Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.
Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.
Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.
United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.
Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.
Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.
Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.
Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.
Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk
British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.
Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.
Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.
Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.
Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka.
Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.
United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen

Dari sudut pandang....

 
Hishamuddin Rais
Sep 28, 11
5:59pm
Mat Poyo ingin dilihat 'cool'Ramai politikus tidak tahu apa itu cool. Mak Cik Felda pun tak tahu apa itu cool. Malah ramai juga anak muda yang tidak tahu apa itu cool. Mereka yang tidak tahu apa itu cool tidak juga tahu apa itu skema dan apa itu 'poyo'. Inilah masalah, apabila telah menjadi poyo mereka tidak lagi cool.
Cool dan poyo adalah pengistilahan hari ini yang terkini. Cool dan poyo muncul dari lingo terkini - dari lingo anak muda. Tidak ada anak muda yang waras fikrah ingin dilihat poyo dan skema. Sayangnya bukan satu kerja enteng untuk dilihat cool.
Kadangkala dalam percubaan untuk dilihat cool ramai yang dilihat bangang. Mustahil seorang Siti Nur Haliza tahu siapa dia Holden Caulfeild atau apa itu Winnie the Pooh.
Berita terkini telah tersebar bahawa Najib dikatakan melanggan satu lagi syarikat iklan antarabangsa untuk memperlihatkan dirinya cool. Lawan cool ialah poyo. Ertinya Najib tidak mahu lagi dilihat sebagai 'Mamat Poyo'.
Sebenarnya tidak ada sesiapa ingin dilihat poyo. Mereka yang poyo biasanya hidup dengan tekanan jiwa yang amat sangat. Sayangnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka itu adalah sosok poyo.
Untuk memahami pengistilahan ini saya akan cuba paparkan ciri-ciri cool dan apa itu poyo. Ini dengan harapan para pembaca sekalian akan memahami intipati cool dan poyo.
Mungkin ada yang bertanya apakah cool dan poyo ini penting untuk difahami? Ini bukti utama: Sesiapa yang mengeluarkan soalan ini adalah seorang yang poyo.
Cool ini adalah gaya hidup. Cool juga adalah lenggok bahasa badan. Cool juga adalah fesyen pakaian. Cool juga ialah sikap terhadap kehidupan. Cool juga adalah kafeteria yang dilawati, rokok yang dihisap, musik yang didengar.
Cool juga adalah buku yang dibaca. Cool wajib berupaya mengikuti mahzab falsafah al- Farabi dan Michel Foucault. Cool juga ialah tenang dengan gesekan biola Hamzah Dol Mat dan alunan suara Saloma.
Kenapa agaknya Najib bersedia mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk dilihat cool? Adalah difahamkan syarikat yang dikatakan dilanggan oleh Najib ini juga bertanggung jawab menjenamakan Tony Blair yang poyo untuk dilihat cool.
Jawabnya: Najib ingin memenangi hati dan sanubari anak anak muda. Najib sedar bahawa suara dan tindakan anak anak muda ini akan mengubah lanskap dan rupa bentuk politik Malaysia baru.
Berjuta juta ringgit ini hanyalah secawan kopi jika dibandingkan dengan harta negara yang boleh dirembat.
Mari kita lihat latar belakang langkah yang diambil oleh Mat Poyo ini. Umum mengetahui bahawa Najib sedang menghadapi hari-hari akhir.
Kumpulan-kumpulan yang menentang Najib dalam United Malay National Organisation bukan sahaja dikatakn telah berkumpul dalam gelap malah mereka telah mula bersuara secara terbuka.
Kumpulan ini merasa tidak senang dengan pimpinan Najib ini. Mereka ini terdiri dari pencari kontrak, penjual kontrak, orang tengah yang makan komisen, contract jungkies - mereka merasakan Najib ini banyak berdolak-dalik - kluk klek kata orang Teranganu.
Najib bercakap berbilion bilion tapi tak ada satu sen pun yang masuk ke saku mereka. Ada juga yang merasa diri mereka telah dipinggir.
Ada pula yang merasa Najib bukan sahaja menutup karier politik mereka - lebih dari ini - Najib ingin membunuh karier mereka.
Dibelakang semua ini ialah Ibrahim Ali. Ops, maaf .. dibelakang gerakan anti-Najib ini dikatakan Mahathir Muhamad. Pasti pembaca akan bertanya, sahih ke maklumat ini? Orang yang bertanya ini adalah contoh terbaik orang yang poyo politik.
Si Poyo politik ini tidak memahami jalur dan pemikiran politik terkini. Mereka selalu meraban tak tentu hala dalam pemahaman politik.
Biar saya terangkan di sini: Mahathir Muhamad melihat bahawa Najib ini tidak memiliki keterampilan pimpinan. Mengikut pandangan Mahathir, ini amat bahaya.
Bahaya ini akan membawa keruntuhan United Malay National Organisation - gerombolan politik yang ditubuhkan oleh Mahathir sendiri pada tahun 1988 dahulu.
Keruntuhan United Malay National Organsiation ini akan membawa malapetaka yang besar terhadap para kroni dan kaum pemodal yang telah ditelurkan oleh Mahathir.
Buktinya, lebih dari tiga kali Mahathir secara terbuka menerangkan kepada umum bahawa ada kekeliruan terhadap dasar satu Malaysia yang dianjurkan oleh Najib.
Kenyatan Mahathir ini kalau kita halusi jelas satu kenyatan kurang ajar. Ini samalah seperti Najib menolak konsep Wawasan 2020 atau memperlekeh secara terbuka Islam Hadari.
Yang kita dengar kenyataan Mahathir secara terbuka. Dari haji desas bin lebai desus kita juga ada mendengar bagaimana dalam perjumpaan tertutup Mahathir telah 'menibai' Najib.
Jadi, Najib pada ketika ini bukan sahaja nyawa-nyawa ikan malah sedang dikepong oleh ahli-ahli parti United Malay National Organisation sendiri. Perangkap-perangkap sedang dipasang untuk menjerut leher Najib. Bila-bila masa perangkap ini akan bingkas menjerut Najib.
Tok Kipas dan Tok Bodek yang mengelilingi Najib menyedari kebencian orang ramai terhadap si poyo ini. Najib melihat anak-anak muda akan dapat menyelamatkan dirinya. Najib telah diberitahu bahawa ramai pengundi baru - anak-anak muda - kelihatan berkiblat kepada Pakatan Rakyat.
Anak-anak muda melihat Pakatan sebagai pentabiran yang boleh diyakini. Justeru Najib memerlukan jenama yang baru. Najib yang poyo mahu dilihat cool oleh pengundi muda.
Maka Najib atas nasihat secara berahsia dari kabinetnya telah merancang untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Sila baca sekali lagi. Akan dimansuhkan. Kunci perkataan disini ialah AKAN. ISA hanya AKAN dimansuhkan jika Najib dapat terus berkuasa.
Kenapa ISA dan tidak undang-undang lain? Ini kerana menentang ISA adalah trend anak anak muda yang cool hari ini. Anak-anak muda yang mula mendampingi aktiviti NGO atau politik tidak dapat tidak akan menentang ISA.
Menentang ISA adalah langkah yang paling cool. Menentang ISA ialah trendy dan chic macam memakai Levis 501 yang sudah kotai dan koyak dilutut.
Najib mahu anak-anak muda melihat dirinya demokratik. Najib ke pesta futsal. Najib ke konsert rock. Najib ke stesen radio. Niat untuk dilihat cool ini bukan satu kesalahan jenayah tetapi untuk Najib diterima sebagai warga cool adalah mustahil.
Lihat sahaja muka Najib. Apakah muka ini cool? Dalam budaya cool gerak dan bahasa badan cukup penting. Najib tidak memiliki gerak badan yang cool. Ini kerana Najib seperti ramai politikus - berperut gendut. Perut gendut ini dihodohkan lagi dengan kepala yang botak.
Najib yang botak adalah imej yang paling tidak cool. Berkepala botak bukan anti-cool kerana ahli falsafah yang terunggul di Paris, Michel Foucault juga berkepala botak. Micheal Foucault dilihat cool dengan botaknya.
Ini kerana Foucault seorang pemikir maka rambutnya gugur kerana berfikir. Walhal Najib tidak pernah mengelurakan ide dan pandangan. Jauh sekali menulis sebuah buku. Lihat pula, Yul Brynner juga botak tapi dilihat cool sebagai pemimpin kaum Gipsi.
Najib masa ini sedang bekerja keras untuk dilihat cool. Mamat Poyo ini ada Facebook, ada Twitter, ada laman - sayangnya masih lagi dilihat poyo dan skema. Mereka boleh berusaha tetapi mereka akan gagal. Kenapa gagal?
Di Malaysia seperti di Paris, London dan Carlifornia pada tahun 60-an dahulu - untuk dilihat cool wajib berambut panjang. Pada masa itu, tidak cukup hanya dengan berambut panjang dan menghisap ganja tetapi wajib ke jalan raya menentang Perang Vietnam. Lihat kota Paris tahun 1968 - ini adalah era yang diangap paling cool hingga ke hari ini, bukan sahaja di Paris malah di seluruh Eropah.
Anak muda pasti ditakrif cool jika mereka menentang kerajaan. Kalau anak muda anti-establishment inilah tanda anak muda cool. Anak muda akan dilihat lebih cool jika mereka terun berdemo di jalan raya. Berdemo yang paling cool ialah berdemo dengan kekasih. Kekasih yang cool ialah kekasih yang memakai Levis 501 dan dan kasut gerah Fung Keong.
Najib sepanjang hidupnya tidak pernah turun ke jalan raya berdemo. Najib sepanjang hidupnya tidak pernah bertempur dengan FRU. Fakta ini pasti tidak disedari oleh syarikat iklan antarabangsa ini.



Di London , mereka berjaya melahirkan imej cool pada Tony Blair kerana Blair memiliki asas untuk dilihat cool. Ketika di universiti Tony Blair berambut panjang, menghisap ganja dan turun berdemo.

Lihat pula Presiden Sarkozy di Peranchis. Sarkozy sebenarnya seorang mamat poyo tetapi Nicolas Sarkozy ini bijak berfikir. Dia merancang masa depan politiknya. Nicolas Sarkozy menceraikan isteri pertamanya untuk memerangkap Carla Bruni - seorang pelakon, penyanyi, model chic yang berhaluan kiri.

Najib yang poyo merancang juga masa depan politiknya. Tetapi kalau ini bukan Mamat Poyo maka matahari tidak akan terbit dari sebelah Timur.

Sunday 18 September 2011

Pendapat prof kangkong disanggah...

Malaya sememangnya dijajah, kata tiga tokoh termasuk Tun Dr Mahathir

Tiga orang tokoh memberi pendapat yang dengan sendirinya menyanggah kenyataan Prof Zainal Kling bahawa Malaya ataupun Malaysia tidak permah dijajah sebagai koloni British.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa dari sudut teknikal, Malaya tidak dijajah tetapi pada hakikatnya kita dijajah. Prof Chandra Muzaffar dan Prof Mohamed Ghouse Nasuruddin turut mempertikai kenyataan kononnya Malaya tidak dijajahi.
Tun berkata beliau melalui kehidupan semasa diperintah British, kemudian Jepun, kemudian Siam dan berbalik kepada Pentadbiran Tentera British [BMA] dan akhirnya pihak awam British sebelum di bawah pentadbiran Malaya yang merdeka.
Tun Mahathir menegaskan yang beliau melihat dan mengalami perjalanan sejarah dan beliau dapati orang yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan  yang pada hakikatnya tidak relevan atau berkaitan, sebenarnya tidak berasas. 
Saya ingin memetik tulisan Tun Mahathir dalam bukunya 'Doctor in the House' yang dengan sendirinya menunjukkan bahawa Malaya dijajahi British.
'' When the British colonised Malaya, the demography of the Malay Peninsula changed rapidly. In the Straits Settlements, the Chinese community dominated and, by the first quarter of the twentieth century, Singapore had become a de facto Chinese state.''
Saya ulangi kenyataan Tun Mahathir  ''When the British colonised Malaya'' yang bermaksud apabila British menjajahi Malaya. Bukankah ini satu kenyataan bahawa Malaya dijajah oleh pihak Inggeris? 
Dalam bahagian lain, Tun Mahathir menulis:
'' For a long time, the Malays of the Peninsula had hospitably acceded to the arrival and the claims of immigrant non-Malays. Now, after some 450 years of colonisation, the Malays stood their ground, but not selfishly.''
Ya, Tanah Melayu dijajah oleh kuasa asing selama 450 tahun, sama ada secara langsung atau secara halus seperti kononnya bersifat penasihat kepada Sultan atau pelindung [protectorate].
Saya ingin mengimbau kembali sedikit sejarah berkaitan penaklukan dan penjajahan ke atas Tanah Melayu termasuk disebalik pelantikan apa yang disebut sebagai 'British Resident' atau 'Residen' di beberapa buah negeri Melayu.
Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat ke dunia sebelah timur, negeri-negeri Melayu telah pun ditakluki oleh kuasa-kuasa Timur itu sendiri seperti Kerajaan Palembang, iaitu Sri Wijaya, Kerajaan Aceh dan Kerajaan Jawa iaitu Majapahit. 
Beberapa bahagian sebelah utara tanah Melayu ditakluki pula oleh kerajaan Siam, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. 
Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511 dan pada 1641 ia berpindah pula ke tangan Belanda sebelum diserah kepada Inggeris pada 1825. Pada 1786 Francis Light 'rampas' Pulau Pinang daripada Kedah manakala Stamford Raffles ambil Singapura pada 1819. 
British mengambil alih pentadbiran atau pemerintahan negeri-negeri Melayu melalui tipu muslihat dan janji-janji palsu. Umpamanya, Light berjanji kepada Sultan Kedah bahawa pihak Inggeris akan membantu jika diserang oleh Siam, tetapi apabila Siam menyerang Kedah, Inggeris tidak bantu. Apabila Sultan Kedah menyedari penipuan itu dan cuba menyerang kedudukan Inggeris di Pulau Pinang, dengan mudah dipatahkan oleh tentera Inggeris dan padahnya, Seberang Perai pula terpaksa diserah kepada Inggeris.
Kepada mereka yang mempercayai bahawa Inggeris hanya bertindak selaku penasihat Raja Melayu dan negeri berkenaan dilindungi British atau 'British Protectorate' dan bukan dijajahi, mereka silap dan tidak faham akan kedudukan sebenar.
Mula-mula kerajaan British masuk campur dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu ialah di negeri Perak pada tahun 1874, iaitu sejurus selepas peperangan yang berlaku di negeri berkenaan.
Kerajaan Britain dengan sengaja dan penuh muslihat ingin menjaga atau memelihara negeri Perak sedangkan niat sebenar adalah sebaliknya.
Inggeris membuat surat perjanjian yang dikenali sebagai 'The Treaty of Pangkor'' yang didalamnya, iaitu perkara ke-16 menyebut bahawa Sultan Perak mengaku menerima seorang pegawai British yang akan digelar 'Resident' yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti di dalam semua perkara selain daripada hal ehwal yang bersangkut dengan agama dan adat resam orang-orang Melayu.
Cuba kita hayati ayat tersebut...mesti diminta dan dikuti....apakah maksudnya jika bukan kedudukan raja selaku pak turut dan yang berkuasa dan memerintah adalah Residen British. Jika British bukan penjajah, kenapa perlu diadakan syarat tersebut yang memberi kuasa penuh, kecuali yang berkaitan Islam dan adat resam Melayu, kepada Inggeris?
Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan British Protectorate dan hujah ini juga diketengahkan oleh mereka yang mendakwa bahawa Malaya atau Tanah Melayu tidak dijajahi oleh Inggeris.
Kita tidak harus lupa bahawa pihak Inggeris juga yang membuang negeri Sultan Abdullah [Sultan Perak] ke Seychelles. Jika Inggeris bukan penjajah dan yang berkuasa, mana mungkin mereka membuang negeri seorang Raja Melayu?
Selepas berjaya 'berkuasa' di Perak, Inggeris memperluaskan penguasaan atau penjajahan ke Selangor pada tahun 1875 iaitu dimana 'Residen membantu Sultan Selangor memerintah negeri' dan pada tahun 1895 mereka menguasai Negeri Sembilan kononnya atas permintaan kerajaan negeri untuk mendapatkan seorang Residen British bagi mentadbir kerajaan negeri.
Pada tahun 1887, Pahang pula membuat perjanjian dengan Kerajaan British dan setahun kemudian, 1888, seorang pegawai British 'membantu' Sultan Pahang mentadbir negeri.
Dalam tahun 1895, empat buah negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang berada di bawah naungan kerajaan British dan dikenali sebagai 'Negeri-negeri Melayu Bersekutu' atau 'The Federated Malay States'.
Apa yang berlaku selepas itu menjadi sejarah dimana pegawai-pegawai Inggeris berkuasa dalam hampir semua bidang dan kepentingan ekonomi. Mereka adalah pentadbir di peringkat negeri, mereka juga pegawai daerah, pegawai pertanian, pegawai perikanan, pegawai pelajaran, ketua polis dan pegawai yang bertangungjawab ke atas urusan perlombongan bijih timah dan bijih besi. Pendek kata Inggeris menguasai hampir segala-galanya.
Ia adalah satu bentuk penjajahan yang berselindung disebalik ungkapan British Protectorate di negeri-negeri Melayu Bersekutu yang kemudian diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Bagi negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu, Kerajaan British membuat perjanjian dengan Johor pada 1885 dimana Johor menyerahkan kepada kerajan British segala urusan politik luar negeri. Namun begitu, Gabnor Negeri-Negeri Selat adalah penaung bagi negeri Johor.
Johor akhirnya menerima penasihat British pada tahun 1914 walaupun Sultan Johor sudahpun mempunyai penasihat-penasihat British sebelum itu.
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis berada dibawah perintah Siam atau tunduk di bawah perintah Siam, iaitu sebelum kedatangan Inggeris ke negeri masing-masing.
Pada tahun 1909, kerajaan British dan kerajaan Siam menandatangani perjanjian dimana Siam menyerah kepada Britain semua hak milik bagi memerintah dan menaung ke atas negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Ini bermakna keempat-empat negeri berkenaan adalah negeri takluk British, iaitu berpindah tangan daripada Siam kepada British.
Beberapa perjanjian berasingan kemudian dibuat antara negeri-negeri berkenaan dengan kerajaan Great Britain.
Perjanjian dengan Terengganu pada 1910 membolehkan Terengganu mempunyai seorang Penasihat British atau British Adviser yang mana nasihatnya hendaklah dipinta dan dituruti di dalam semua perkara yang lain daripada yang menyentuh agama Islam.
Perjanjian yang serupa dibuat dengan Kelantan juga pada 1910.
Apa yang berlaku selepas semua perjanjian dibuat menunjukkan bahawa pihak British telah memungkiri janji dan bertindak bukan selaku penasihat tetapi pemerintah dan penjajah.
Benarlah apa yang dikata oleh Tun Mahathir, secara teknikal Malaya tidak dijajah, ya secara teknikal tetapi pada realitinya kita dijajah dan benarlah apa yang dikata oleh Prof Cahndra iaitu Malaya dijajah secara de-facto atau dalam perkataan yang mudah difahami pada hakikatnya kita dijajah dan benarlah apa yang dikata oleh Prof Ghouse bahawa pihak British menguasai segala-galanya dan oleh itu menjajahi Malaya.
Malaysia sebenarnya ketandusan tokoh-tokoh akademik bergelar profesor yang dihormati dan dikenali di peringkat antarabangsa yang pendapat mereka disanjung tinggi. Walaupun Malaysia kini mempunyai sebegitu banyak IPTA dan IPTS, tetapi bilangan profesor yang dikenali di peringkat antarabangsa boleh dikira dengan sepuluh jari.
Zaman kegemilangan profesor-profesor seperti Ungku Abdul Aziz, Wang Gang-wu, Syed Hussein Al-Attas dan adiknya Syed Mohamad Naquib Al-Attas, Ahmad Ibrahim, Chin Fung Kee, CP Ramachandran, Hamzah Sendut dan Augustine Ong sudah berlalu. Kebanyakan yang ada sekarang tidak dikenali diperingkat antarabangsa bahkan ramai rakyat Malaysia yang tidak pun mengenali mereka walupun pada namanya sahaja.
Ada beberapa orang profesor yang popular selaku pengulas politik dan isu-isu semasa melalui stesen-stesen tv arus perdana, itupun ulasan dan komen mereka tidak memberi kesan atau meninggalkan sesuatu yang dapat dijadikan bahan rujukan. Itu sahaja tahap kepakaran segelintir manusia yang bergelar profesor yang sering menjadi 'pakar rujuk' stesen-stesen tv arus perdana.
Mungkin inilah sebabnya ada yang mendakwa bahawa Malaya tidak pernah dijajah.....

Wednesday 14 September 2011

Perkongsian maklumat - sahih atau .....????

Malaysian public being made suckers again??
 If you thought Air Asia is CHEAP, you'll stop laughing when you find out you're one of the of suckers behind the huge SCAM!
Waoh...! My goodness......they are just using the tax payers money.
Well, according to Fortune magazine's top 40 richest Malaysians, Tony Fernandes is behind Air Asia .  But there is a twist to the story of Air Asia.
There are two issues arising from the story below that come immediately to mind:
(1) It is an obvious stab in the back of Malaysians;
(2) If Air Asia does not maintain their planes, as evidenced by the story below, wouldn't the passengers be risking their lives by flying with Air Asia?
Would you fly with Air Asia? Who is behind AirAsia ??
The real shareholder of Airasia is Daim Zainuddin. This was confirmed by May Quah of Khazanah during one of the side meetings after the Board meeting of AIC's subsidiary where Khazanah is a major shareholder. As we all know the gomen (the local slang for government) bailed out MAS thru Khazanah hence making the latter the majority shareholder. May also intimated that her CEO who was recently made a Tan Sri and received a third term in office used to work late till midnight. I told her in front of everyone that her infamous CEO is seen everyday at Austin Chase in Bangsar Shopping Centre at 5pm with a group of new and upcoming yuppies Malays. They are there till quite late. He is a known Daim's inner circle kaki. BTW, MAS surrendered the lucrative routes of Macau and Shenzen to Airasia.
 Please read the article published in the Star yesterday 1st May 2010 by MAS CEO Tengku Datuk Azmil Zahruddin. It makes interesting reading.
Saturday, 1 May, 2010, 7:55 PM
Subject:  Who Is Behind Air Asia ?

By Little Bird
Kawan-kawan, please fasten your seat belts now. I thought that I knew something about what is really going on in
the administration of Abdullah Badawi. Today I found out I have not even scratched the surface. The following is panas-panas news. You may want to hit the ejection button (not yours but theirs) after reading this. Firstly, the shareholders and/or stakeholders of Air Asia (directly, indirectly, through proxies, etc.) include Kamaluddin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (also into Tune Hotels), Khairy Jamaluddin, Tony Fernandes, etc .We all know the story of Air Asia . Well, we all thought it was a rags to riches story. It is actually a story about liars and cheaters who became rich and bloated at the expense of millions of ordinary Malaysians. The rags part is actually very hazy.
When MAS entered into a phase of 'restructuring' about three years ago, Air Asia , through Tony Fernandes, struck fast and furious.
Before we go further, you may want to ask why did MAS have to suffer yet another 'restructuring'? That is a story by itself for another day but just bear in mind that Badawi's brother, Ibrahim, is the owner of the catering company (Skychef?) that used to supply mineral water at RM35 a case to MAS. With that kind of pricing, surely MAS would need 'restructuring'..Anyway, Air Asia stepped in and pushed the Gomen for a 'rationalisation' of the domestic air routes in Malaysia . Air Asia asked to be given MAS' Sabah and Sarawak routes. MAS could keep flying in Semenanjung, they said. Despite objections by MAS, Air Asia was granted its wish. But the wish did not just happen. Zaki, a fourth floor boy at the PM's office, helped Air Asia make its wish come true.
Once MAS lost its Sabah and Sarawak routes to Air Asia , there was a staff redundancy. So MAS had to organise a VSS. MAS demanded that since Air Asia was taking over their Sabah and Sarawak routes it would make some of their staff redundant so Air Asia should pay MAS some compensation.Everyone (MAS, Gomen and even Air Asia) agreed that compensation was payable to MAS. But Air Asia would not pay anything. Finally, the Gomen (err that means you and me lah, Encik Taxpayer) paid the compensation to MAS, which MAS promptly used in one of the most expensive VSS payments in our history.
If your blood is starting to boil, stop reading and better cool off because it does not get better. Then, within one year, Air Asia realised that the Sabah and Sarawak routes were not profitable. They never were. MAS was performing national service in Sabah and Sarawak . Flying chickens and goats is not a money-making venture.
No problem.. Air Asia made another wish. They told the Gomen, we have to return these air routes back to MAS. Again MAS objected. Again overruled. Not relevant.
Then came the handing over ceremony of the air routes and the airplanes.. When they took over the Sabah/Sarawak routes, Air Asia had 'acquired' seven airplanes from MAS in perfect working condition. (MAS does have one of the best safety records in the world.) However, when Air Asia 'returned' the planes to MAS, only one was left in working condition. The other six planes were grounded, not fit for flying and could not fly. In actual fact, Air Asia was cannibalising parts from the six planes to keep the seventh one flying. Again MAS objected. Again overruled. Not relevant. It eventually cost MAS in excess of RM50 million to make the planes flyable again. This was a direct subsidy to 'rags to riches' Air Asia 's profits..
Then Air Asia started eyeing the lucrative KL-Singapore routes. Tighten your seat belts. This one will really jolt. But they went about it the roundabout way. They said they wanted to go international. They did (some) but international routes are tough. No Zaki, Badawi, Khairy, Kalimullah or Kamaluddin to make your wishes come true.
But the KL-Singapore sector was generating RM40 million in PROFITS to MAS. This was the plum in the pudding. Air Asia wanted it badly. So they made another wish.. It came true. This is how they did it. Air Asia's bid to break into the KL-Singapore sector was first discussed in Cabinet when Badawi was on holiday overseas. Najib chaired the meeting and Air Asia 's application was rejected.
The application was rejected for two main reasons:
i.  By 2009 the whole of ASEAN becomes open sky anyway.
     ASEAN airlines can fly to all ASEAN capitals without restrictions.
     So why open up KL-Singapore in double quick time?
ii. If budget flights are allowed between KL-Singapore,
     KLIA will die an unnatural death. KLIA will become a feeder
     airport for Singapore 's Changi. People will fly from KL to
     Singapore and then fly off from Singapore to the rest of the
     world. MAS will then die a natural death.. So the request
     was declined.

Then Pak-LAH came back from his travels and asked Tengku Adnan the Minister of Tourism to prepare a paper on tourism, linking MAS, Air Asia , SIA, etc.., to tourist arrivals. At the next Cabinet meeting chaired by Badawi, he asked Tengku Adnan to present the 'Cabinet paper'.
Insiders say that the paper was an 'out of Agenda' item - meaning it surprised everyone, but the dunggus approved it nonetheless. Air Asia got its wish again. Tengku Adnan also secured his Putrajaya seat.
Now here is the killer. Soon after Air Asia started flying the KL-Singapore sector, they started giving away 300,000 free tickets, 5 sen tickets and all the other gimmicks. Singapore is believed to be subsidising Air Asia for all these expensive gimmicks .
For SIA, losing RM40 million (S$17 million) profit from the KL-Singapore sector is chicken feed. Air Asia is feeding thousands of transit passengers from KL to Changi . Air Asia is providing RM9 bus rides from KL to KLIA.. From KLIA, passengers fly almost free to Changi. From Changi the passengers can connect to the world.
Now, Air Asia is making another wish - they want to fly direct from Kuching, KK, Penang , Alor Setar, Kota Bharu, etc., to Changi. They will earn even more 'subsidies' from Singapore . KLIA will drop dead later, MAS will die first.
This is how we go from 'rags to riches'. And we all thought Tony Fernandes was such a great guy too.. All the shareholders and/or stakeholders of Air Asia (directly, indirectly, through proxies, etc.) include Kamaluddin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (also into Tune Hotels), Khairy Jamaluddin, Tony Fernandezs, etc…all of them are great!
Yes, we believe in open skies, competition and all that. But friends, fellow Malaysians, this was the ex- PM, his son, his S-I-L and his cronies lah.
How can they sell out their own country?
But this is what they had done.

Monday 22 August 2011

Dari blog Kuda Ranggi

Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hamidi usah main politik murahan

Awal-awal lagi saya dah jangka pasti ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan politik murahan berikutan keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.
Tetapi saya tidak pula menyangka yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam.
Yang lebih mendukacitakan saya apabila Zahid mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama bagi negeri Pulau Pinang dan mempersalahkan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.
Saya hairan kenapa Zahid tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan kerajaan negeri.
Di sinilah letak kesilapan besar oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang.
Yang buat fatwa adalah Majlis Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa.  Tak kan inipun Zahid tidak tahu.
Zahid juga kurang bijak dan salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim.
Sebuah NGO yang dinaungi oleh semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof  Latif  menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia sengaja mempolitikkan isu.
Zahid juga menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif  terhadap agama Islam dan ia seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong.
Dalam pada itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara sebelum waktu solat subuh.
Perlis sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam ....
Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w. 
Sementera itu, mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan kehendak syarak.
Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. 

Monday 15 August 2011

Tsunami Hijau di Kalumpang =7 Ogos 2011


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis).... Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungilah kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn...

BUKAN RAMALAN TAPI ANALISIS...

Di Semenanjung BN hanya ada saki baki UMNO - Komponen lain akan hanyut


ASPAN ALIAS
Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.
Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.
Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.
Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.
Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.
DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.
Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.
Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.
Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.
Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.
Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.
Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.
Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.
Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.
Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.