Thursday 30 June 2011

Cara daging burger dibuat di USA

http://www.facebook.com/video/video.php?v=129664153780814&comments  - tengok sendiri nak percaya ke tidak terserah.

PERLEMBAGAAN PAS - BAB 3 ..sambungan

FASAL 8 - Majlis Syura 'Ulamak
FASAL 9 - Tugas-tugas Majlis Syura 'Ulamak

BAB 4 - DARI HAL AHLI-AHLI
PASAL 10 - Ahli PAS
PASAL 11 - Syarat-syarat Menjadi Ahli
PASAL 12 - Permohonan Menjadi Ahli
PASAL 13 - Memilih Ahli
PASAL 14 - Sijil Ahli
PASAL 15 - Keberhentian Ahli
PASAL 16 - Hak-hak dan Kewajipan Ahli
PASAL 17 - Buku Daftar Ahli
1. Tiap-tiap cawangan hendaklah mempunyai sebuah buku daftar ahli cawangannya dengan membutirkan di dalamnya akan nama, alamat, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nombor sijil ahli dan lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Setiausaha Agung.
2. Pejabat Setiausaha PAS Kawasan hendaklah juga mempunyai sebuah buku daftar ahli dalam kawasannya dan ahli-ahli daripada cawangan-cawangannya dengan membutirkan akan nama, alamat, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nombor sijil ahli dan lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Setiausaha Agong.
3.  ...bersambung

Tuesday 28 June 2011

CETUSAN MINDA - YDP PAS KAWASAN BARU.

U RELA 4 I
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


Kekadang ada unsur gurau dan keseriusan dalam melontarkan tagline2 yang mengarut. Guraunya kerana bunyinya menyebabkan kita tersenyum sinis manakala keseriusannya adalah ianya akan berada lama di minda kita yang menunggu kita faham dan sedar untuk tahap berikutnya marhalah perlaksanaan. Memang begitulah kita ini manusia dan tahap kecerdasan minda kita berbeza-beza. Umumnya kita ini mudah lupa (aii.. macam pernah dengar je tagline ni) jadi dengan lontaran-lontaran kalimat yang sebegini membantu kita mengingat lama dan secara tidak lansung menyebabkan kita lambat lupa.

"U ReLa 4 I" adalah singkatan kepada Ucapan Dasar YDP PAS Kawasan Hulu Selangor di Majlis Penangguhan Mesyuarat Agung 2011, juga di Mesyuarat Pertama AJK PAS Kawasan dan Ucapan Perasmian HimPlaS 2. Bila dihuraikan :

U membawa makna Ukhuwah Islamiah
Re membawa makna Regementasikan Ahli
La membawa makna Pemerkasaan Lajnah,Dewan dan Jabatan-Jabatan
4 membawa makna Fokus Visi dan Misi
I membawa makna Istiqamah.

lu fikir la sendiri ...

tonton video clip sebelum buat andaian...jom tengok sama, kot2 boleh jadi bukti di mahkamah kelak,

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7TLJAFng9W0

PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) PINDAAN 2011

Melalui saluran ini LIT akan mempamerkan secara bersiri kandungan Perlembagaan PAS pindaan 2011 untuk makluman Setiausaha Kerja semua peringkat khasnya dan ahli amnya.
BAB YANG PERTAMA
FASAL 1 : NAMA - Nama pertubuhan ini ialah "Parti Islam Se-Malaysia" ringkasnya disebut 'PAS' sahaja.
FASAL 2 : Pejabat yang didaftar ialah : Pejabat Agung PAS, No.316-A, Jalan Raja Laut, 50350 KL.
BAB YANG KEDUA
FASAL 3 : Dasar - PAS ialah ISLAM
FASAL 4 : Seruan - PAS ialah ALLAHU AKBAR
BAB YANG KETIGA
FASAL 5 : Tujuan PAS - i. memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.  ii. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
FASAL 6 : Usaha-usaha -
 1. menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
 2.memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikanna sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentabdiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan , politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki sususan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara yang membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan -badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilaman dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa Al-Quran.
8.  Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
9.  Memperjuangkan  hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan  penindasan di kalangan umat manusia.
11.  Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

FASAL 7- Hukum dan Kekuasaan
1.  Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.
2. Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian 1 itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat Agung PAS.

SUBSIDI RM 74 BILION - RAKYAT DIPERDAYA

Subsidi RM74 bilion: K'jaan perdaya rakyat, kata pakar
Aidila Razak
Jun 28, 11
12:37pm
Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

azlanBercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

NONEKatanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

Monday 27 June 2011

Terkini - Selangor mahu potong margin keuntungan projek negeri

Kerajaan Selangor mahu mengurangkan margin keuntungan kontraktor bagi projek-projek infrastruktur kerajaan negeri - daripada 30 peratus kepada hanya 7 peratus - untuk menghapuskan golongan penghisap keuntungan atas angin.

Mengumumkan demikian di sesi dialog Bajet 2012 pagi ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau sedang berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara ini dan berharap dapat menjadikannya satu dasar.

NONE"Saya telah bertemu (JKR) tetapi perbincangan kita perlu 
diterjemahkan kepada surat pekeliling (bagi penjawat awam). Terdapat beberapa masalah yang kita perlu selesaikan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, 30 peratus margin keuntungan mungkin munasabah untuk berdepan dengan risiko lewat menerima pembayaran daripada kerajaan 20 tahun lalu, tetapi kini ia telah dikurangkan ekoran peningkatan kecekapan kerajaan negeri dalam menguruskannya.

Dalam ucapan perasmiannya, Khalid berkata margin keuntungan yang besar akan membolehkan kontraktor untuk sub-kontrak kerja-kerja mereka dan masih boleh "mengaut 15 peratus keuntungan tanpa berbuat apa-apa".

Katanya, Pakatan mahu menghapuskan golongan penghisap keuntungan atas angin, yang menimbulkan masalah sosial dan politik kerana menurutnya, amalan tersebut telah bertukar menjadi menjadi 'kepakaran korporat' untuk parti-parti politik seperti MCA.

"Aset MCA adalah RM2 bilion hingga 3 bilion, (walaupun ia) hanya... sebuah parti politik," katanya

unggun bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID - sajak terkini sasterawan negara yang telah dijadikan senjata - disiasat b\bawah akta hasutan - nikmati sbelum ianya diharamkan.

Sunday 26 June 2011

Cetusan idea - TUDM perlu miliki pesawat AWACS

Isu pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia 'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah lama memohon peruntukan untuk membeli pesawat AWACS atau Airborne Early-Warning and Control System. Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS? 
Kerajaan mesti melengkapi ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera dengan aset-aset canggih dan selari dengan kehendak dan keperluan semasa. Sistem radar yang ada tidak memadai untuk mengawasi ruang udara yang begitu luas merentasi Laut China Selatan dari Semenanjung ke Borneo.
TUDM benar-benar perlu memiliki AWACS untuk meningkat keupayaan, kecekapan dan kemampuan melindungi negara dari ancaman musuh melalui udara. Kerajaan tidak boleh mempersalahkan TUDM jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kerana ia gagal melengkapi TUDM dengan aset yang diperlukan.

Menurut laporan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya enam buah AWACS untuk melengkapi aset pertahanan udara yang canggih. Malaysia memiliki pesawat canggih seperti SU-30MKM, MIG-29N, F/A-18D Hornets, Hawk dan F-5E Tiger dan sistem penangkis pesawat termasuk peluru berpandu. Namun demikian, ia tidak memadai tanpa AWACS.
Di kalangan negara-negara ASEAN, hanya Singapura memiliki AWACS, iaitu jenis Grumman E-2 Hawkeye sebanyak empat buah dan telah menempah pesawat G550 Phalcon dari Israel untuk mempertingkat kawalan dan sistem amaran awal dari udara. Walaupun sebuah negara pulau yang kecil, Singapura sedar akan kepentingan AWACS memandangkan negara itu adalah sebuah ekonomi yang bergantung sepenuhnya kepada perdagangan. Singapura ingin melihat laluan-laluan laut dan udara ke republik itu selamat dan bebas daripada sebarang ancaman. Oleh itu, pengawasan dari udara amat penting.
Apabila pesawat E-2 Hawkeye Singapura lepas landas dari pangkalannya di Paya Lebar,  sistem radarnya mampu meliputi kawasan luas sehingga ke Kuantan, Pahang, sesuatu yang tidak mampu diliputi oleh kebanyakan sistem radar daratan. Begitulah pentingnya AWACS untuk mengawasi ruang udara sesebuah negara.Jiran kita di sebelah utara, Thailand juga telah memesan sekurang-kurangnya 10 AWACS jenis SAAB S-1000 Erieye manakala Indonesia juga berminat untuk memiliki AWACS.
AWACS adalah aset yang amat perlu dimiliki oleh Malaysia dan kerajaan seharusnya memperbetulkan keutamaan keperluan pertahanan dengan meluluskan permohonan TUDM untuk membeli AWACS sama ada yang bersaiz besar seperti E-2 Hawkeye ataupun sederhana seperti Saab S-1000 Erieye.  

Konsep pertahanan menyeluruh yang diamalkan oleh Malaysia semestinya menyeluruh dalam erti kata sebenar dan untuk menjadikannya kenyataan, maka TUDM semestinya memiliki pesawat AWACS.
Sesuatu yang boleh dijadikan modal mencambah pemikiran - petikan dari  http://www.kudaranggi.blogspot.com/

TSUNAMI HIJAU 3 - SG TENGI


Ahad,26 Jun 2011 - lagi gambar diperlukan dari sudut yang berlainan.












Tuesday 21 June 2011

Senarai Pengerusi Lajnah-Lajnah PAS Pusat 2011-2013


1. Lajnah Politik dan Pilihanraya
Pengerusi : YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan: Hj Mohamad Sabu
Setiausaha: Dato’ Mustafa Ali
2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi: YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Pengarah: Ustaz Idris Ahmad
Tim. Pengarah: YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali
3. Lajnah Penerangan dan Dakwah
Pengerusi: Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1: YB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin
Timbalan 2: Ustazah Nuridah Salleh
4. Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS
Pengerusi: YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Timbalan 1: YB Dato’ Dr. Haji Hasan Mohd Ali
Timbalan 2: Hj Affandi Mohammad
5. Lajnah Pendidikan
Pengerusi: Dato’ Ustaz Abu Bakar Chi
Timbalan 1: YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah
Timbalan 2: YB Dr Halimah Ali
6. Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi: Mazlan Aliman
7. Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar
Pengerusi: Hj Anuar Tahir
8. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengerusi: Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
9. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi: YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
10. Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi: YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
Timbalan: YB Dato’ Kamarudin Jaffar
11. Lajnah Pengguna
Pengerusi: YB Dato' Haji Mahfuz Omar
12. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi: Haji Asmuni Awi
Timbalan: Sdr Mohamed Hanipa Maidin
Setiausaha: Sdr Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
13. Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi: Hj Zulkefly Mohamad Omar
14. Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi: YB Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa
15. Lajnah Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi: YB Dr. Dzulkefly Ahmad
16. Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi: YB Salahuddin Ayub
Timbalan: YB Khalid Abd Samad
17. Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi
Pengerusi: Hj Mohamad Sabu
Timbalan: YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
18. Lajnah Pertanian
Pengerusi: YB Ir Dato’ Amirudin Hamzah
19. Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Pengerusi: Dr Ahmad Zahidi Marzuki
20. Lembaga Pemegang Amanah ( Perlembagaan Fasal 78 (1)
Pengerusi: Presiden
Ahli: Setiausaha Agung
: Bendahari
21. Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi: YB Dato’ Haji Husam Musa
22. Jabatan Pilihanraya PAS Pusat
Ketua Pengarah: YB Dr Mohd Hatta Md Ramli
23. Jabatan Presiden
Setiausaha Politik Presiden: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Akhbar Presiden: Sdr Nasaie bin Ismail
24. Jawatankuasa Kewangan ( Perlembagaan Fasal 76 (2).)
Pengerusi: YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Setiausaha: YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Ahli: Dato’ Mustafa Ali
25. Jawatankuasa Disiplin Parti
Pengerusi: Dato’ Hj Wan Mutalib Embong
Timbalan: Hj Muhammad Burok


KEPIMPINAN PAS SELANGOR

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri malam semalam.

hasan ali khalid samad saari sungib pas selangor
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman turut mengumumkan perlantikan exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai timbalan pesuruhjaya I. Bekas exco pemuda PAS pusat, Salehin Muhyi pula dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya II.
Dr Rani pada sidang akhbar sulung PAS Selangor di Shah Alam hari ini juga melaporkan Khairudin Othman dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan negeri. Dr Rani juga berkata Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari yang baru. Dr Hasan pula dilantik ahli jawatankuasa bersama dengan seorang lagi exco Dr Halimah Ali. Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.

Sunday 19 June 2011

AJK LAJNAH IT

Mesyuarat kali pertama JK Lajnah IT telah diada kan pada malam Jumaat 17 Jun 2011. Peluang pertama kali bersua muka dengan  tenaga-tenaga muda yang penuh iltizam dan semangat juang menerusi bidang ini amat dihargai. Tumpuan kali ini lebih kepada menyusun dan mengemakini pengurusan laman web PAS Hulu Selangor di http://huluselangor.pas.org.my/v2  Disamping itu beberapa blog akan dibina untuk memastikan kesemua 35 cawangan memliliki blog sendiri.  Perbincangan secara virtual akan diamalkan oleh semua JK lajnah agar perhubungan tidak terputus dan sebarang keputusan dapat dibuat dengan cepat dan berkesan.

TSUNAMI HIJAU 2

AHAD 19 JUN 2011 - DI FELDA  KPG SOEHARTO








AHAD 19 JUN 2011 DI FELDA KPG SOEHARTO