Thursday 19 April 2012

Sakmonkol - sudut pandangan...

 ONE TWO THREE FOUR
LIMA ENAM TUJUH LAPAN
DATO NAJIB CAKAP BESOR
TAWAN SELANGOR TAKDE HARAPAN.

Kita lihat ribuan pasukan bermotor menyambut dan mengiringi kehadhiran Dato Najib , presiden UMNO dan PM for the time being, datang ke negeri Selangor. dalam konteks negeri Selangor, UMNO dan BN adalah parti pembangkang. Maka ketua parti pembangkang ini datang ke negeri yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk meniup semangat ke dalam soldadu UMNO untuk menawan negeri Selangor. 
Zaman pancaroba UMNO sudah tiba.  Siapa soldadu presiden UMNO ini? mat motor, pekida, persatuan silat, RELA, dan pertubuhan yang sewaktu dengannya. Mat motor tidak ada ibu bapa yang dirundung malang oleh harga barangan yang melambung tinggi? Tidak ada abang atau kakak, atau adik lelaki dan perempuan yang dibebani oleh hutang PTPTN? 
Di Germany, negara taraf dunia pertama, pendidikan adalah percuma kecuali kos penyaraan. Jika kita menampung kos penyaraan nilai PTPTN akan jatuh serta merta. PTPTN boleh dibiayai boleh sumbangan Petronas yang dibayar beransur ansur. PTPTN pun tidak dibayar oleh pelajar sekali gus. Mereka bukan menabung sejak mereka merangkak lagi. Dalam dunia ini hanya isteri PM Malaysia yang menyimpan duit untuk beli cincin dari Jacob and Company. 
PTPTN boleh kita bayar dengan membatalkan sabsidi kepada IPP kesayangan UMNO dan Dr Mahathir. PTPTN boleh di bayar dengan membatalkan subsidi kepada operator dan pemilik tol lebuhraya. Hentikan subsidi kepada mereka!!!
Jadi jangan terpengaruh dengan janji palsu ketua UMNO dan BN ini. Keadaan untuk Najib betul2 sesak dan terdesak. Dalam bahasa Inggeris ini dikatakan sebagai scrapping the bottom of the barrel. Kerak pun kerak lah. Takpe bila makan mendatangkan pening kepala. Apa nak buat. Desperate times call for desperate measures. Kalau pening telan panadol. Tak lut, telan sahaja cincin atau beg tangan birkin hermes tu. 
Apa yang Najib tak buat? Mempromosi diri melalui menghasilkan survey yang menunjukkan bahawa 69% daripada yang ditemubual menyokong nya? Lihatlah- belasan tahun minda orang Melayu Malaysia diasak dengan cerita seksual dan betapa besar saiz kemaluan Anwar Ibrahim. Maka hasil kajian temubual pun mesti 69%- ini posisi seksual atau apa? 
Dalam dunia ini, hanya Malaysia dan UMNO sahaja yang bergantung harap kepada punggung orang lain untuk survivalnya. Apa jadi kepada pengadilan ke atas punggung Saiful Bahri jadi penentu jatuh bangun UMNO dan Malaysia. 
Kemudian menghasilkan report card untuknya oleh dia sendiri? Orang yang buat report card sendiri untuk dikemukakan kepada ibu dan bapa ialah orang yang ada perkara yang hendak disembunyikan. Dunia ketawa bila Najib buat kad lapuran ke atas diri nya.
Berpakat dengan genster Melayu? Kaki pukul? Semua Najib buat asalkan boleh mendatangkan kemenangan.  Pahlawan dan panglima- anda tidak ada ibu bapa yang sengsara dan abang, kakak dan adik yang menanggung beban hutang? Panglima dan pahlawan melindungi orang yang lemah dan tertindas – bukan menyebelahi penindas dan mereka yang zalim. 
Kita tahu bagaimana pasukan bermotor ini dikerah. Semua mereka menerima bayaran untuk menujukkan bahawa force berada dalam tangan Najib. Hari ini, ini sahajalah yang boleh Najib tunjukkan. Menakutkan rakyat dengan mengembeling elemen2 yang boleh menakutkan rakyat serta ingin menunjuk kepada kerajaan negeri bahwa dia ada kekuatan. 
Sejak akhir ini, UMNO hanya ada strateji menakutkan orang ramai. Sebab itu pegawai kerajaan yang saya ingat siuman sedikitlah fikiran mereka dan pemimpin UMNO kes ana ke sini macam orang gila menyatakan bahawa jika UMNO tiada maka orang Melayu akan hilang dan musnah, jika UMNO tidak ada , agama Islam akan terancam dan jika UMNO tidak ada siapkah yang akan menjaga institusi raja Melayu? 
Saya kira raja Melayu mampu menjaga diri mereka sendiri jika kita lihat dari kemampuan seorang anak raja memukul seorang penyanyi sehingga pengsan kerana berebut gadis yang jelita. 
Secara serius, Inistutsi raja dijagai oleh perlembaganlah matnye, bukan UMNO. Dan UMNO ternyata bukannya pertubuhan yang boleh dipercayai oleh raja2 Melayu. Dalam krisis perlembagaan 1998, bukankan UMNO yang mengepalai gerakan untuk menghina raja2 Melayu. Mustahil tuanku tuanku semua dapat melupakan bagaimana raja dari benua Hindi  mahu menghapuskan raja2 Melayu? 
Perlembagaanlah yang melindungi insitusi raja dan kasih sayang semua rakyat yang menentukan hidupnya insitusi raja Melayu. Dan semua rakyat bukan hanya rakyat yang ahli UMNO. UMNO tidak lansung mempunyai moral standing untuk mengakui mereka lebih menyayangi institsusi raja Melayu. 
DAP, PAS dan sekarang PKR tidak pernah mengancam instusi raja Melayu. Yang menggugat dari track rekodnya ialah UMNO. Maka adalah penipuan dan hipokrasi tahap tinggi pada pihak UMNO bilamana ia mengakui konon mempertahankan insitusi raja Melayu.

Sunday 15 April 2012

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN HULU SELANGOR

 Ahad,15.04.12 -Mesyuarat Agung kali ke 26 telah selamat dijalankan bermula 10.00 pagi dan berakhir pada 2.30 ptg.  Mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dengan kerjasama perwakilan yang jitu. Beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak - cawangan2, muslimat, pemuda termasuk JK Kerja PAS Kawasan telah diterima untuk tindakan selanjutnya. Hadirin telah menikmati hidangan nasi briani berlaukkan daging kari kawah yang enak tiada tolok bandingnya,  Berjumpa lagi pada tahun 2013, InsyaAllah.

Monday 2 April 2012

PENGHORMATAN BUAT PAS dr Kudaranggi.blogspot

PRU-13 - Dua Tun hampir senada mengenai kedudukan BN

Saya amat tertarik dengan kenyataan atau jika boleh dikatakan sebagai 'ramalan' mengenai kedudukan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan seawal Jun tahun ini.
Yang paling menarik ialah kenyataan mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang juga dikenali sebagai 'orang kanan' mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meramalkan bahawa BN hanya akan mempertahankan kuasanya di Johor, Melaka dan Pahang. Tun Daim dipetik oleh harian berbahasa Mandarin, Nanyang Siang Pau dan dikutip oleh Malaysiaknini sebagai berkata bahawa BN boleh mencatat kemenangan mudah di tiga buah negeri itu.
Ungkapan 'kemenangan mudah' bermakna BN akan dengan mudah menang. Kita tertanya-tanya pula bagaimana kedudukan atau keberhasilan kempen BN yang sebegitu hebat sekarang di negeri-negeri lain yang  ditadbir oleh gabungan parti-parti politik itu?
Adakah BN akan menang tetapi bukan secara 'menang mudah' atau akan tumbang? Kita ketepikan dahulu soal kedudukan BN di Pulau Pinang dan Kelantan kerana Tun Daim sendiri mengakui bahawa BN akan kalah di kedua-dua negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.
Saya setuju bahawa Pakatan Rakyat akan terus berkuasa di Kelantan dan Pulau Pinang walaupun kedua-dua negeri itu menjadi sasaran serangan hebat dan bertubi-tubi oleh media yang dikuasai, dikawal atau yang menyokong BN. Ada saja berita dan laporan  negatif yang disebar luas mengenai kedua-dua negeri itu.
Perlu diingatkan bahawa menjelang PRU-12 yang lalu, Tun Daim meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor dan ia menjadi kenyataan. Oleh itu, apa yang dibayangkan oleh Tun Daim mengenai PRU-13 tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ia mungkin dan boleh menjadi kenyataan memandangkan kedudukan PM Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikatakan semakin popular di kalangan rakyat, disifat pula oleh Tun Daim sebagai "jeneral tanpa askar". Dalam bahasa yang mudah difahami, ia  bermakna jeneral itu akan kalah perang.

Tun Dr Mahathir pula berpendapat adalah sukar untuk meramal keputusan PRU-13 kerana keadaan yang disifatkannya sebagai 'mengelirukan'.
Apa yang mengelirukan hanya Tun Mahathir yang tahu. Tetapi pada umumnya, ia tidak mengelirukan kerana rakyat tidak keliru walaupun pelbagai andaian dibuat oleh pengulas dan penganalisis menara-menara gading yang meninjau dari bilik berhawa dingin  masing-masing. Hampir semuanya memberi ulasan atau kupasan 'akademik' yang pro-BN. Sudah tentu ulasan mereka tidak akan disiarkan jika sebaliknya. Itu cukup jelas.
Tun Mahathir dilapor oleh Bernama sebagai berkata 'bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini' dan saya amat bersetuju dengan pendapat itu. Agakan saya BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga.
Kita ketepikan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita teliti apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir iaitu 'pembangkang sekarang bukan seperti dahulu' dan saya ingin menambah bahawa pengundi sekarang pun bukan seperti pengundi dua dekad dahulu. Pengundi sekarang bijak dan tidak mudah dipengaruhi oleh habuan wang ringgit atau kebendaan. Mereka boleh berfikir dan pandai membuat keputusan. Mereka dapat menilai yang mana satu kaca dan yang mana pula intan.
Soal Anwar sememangnya menjadi 'duri dalam daging' kepada BN dan juga Pakatan Rakyat. Ia boleh menjadi 'penawar' dan juga 'racun' dan kedua-dua pihak yang berlawanan akan menjadikan isu Anwar sebagai senjata untuk menang. Yang jelas Anwar bukan calang-calang orang untuk ditumbangkan walaupun dia pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan dipenjarakan mengikut Kanun Keseksaan, dia masih tegak berdiri. Namun begitu,  Anwar  bukan 'penentu' kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi PAS.