LIMA ENAM TUJUH LAPAN
DATO NAJIB CAKAP BESOR
TAWAN SELANGOR TAKDE HARAPAN.
Kita  lihat ribuan pasukan bermotor menyambut dan mengiringi kehadhiran Dato  Najib , presiden UMNO dan PM for the time being, datang ke negeri  Selangor. dalam konteks negeri Selangor, UMNO dan BN adalah parti  pembangkang. Maka ketua parti pembangkang ini datang ke negeri yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk meniup semangat ke dalam  soldadu UMNO untuk menawan negeri Selangor. 
Zaman pancaroba UMNO sudah tiba.  Siapa  soldadu presiden UMNO ini? mat motor, pekida, persatuan silat, RELA,  dan pertubuhan yang sewaktu dengannya. Mat motor tidak ada ibu bapa  yang dirundung malang oleh harga barangan yang melambung tinggi? Tidak  ada abang atau kakak, atau adik lelaki dan perempuan yang dibebani oleh  hutang PTPTN? 
Di  Germany, negara taraf dunia pertama, pendidikan adalah percuma kecuali  kos penyaraan. Jika kita menampung kos penyaraan nilai PTPTN akan jatuh  serta merta. PTPTN boleh dibiayai boleh sumbangan Petronas yang dibayar beransur ansur. PTPTN pun tidak dibayar oleh pelajar sekali gus.  Mereka bukan menabung sejak mereka merangkak lagi. Dalam dunia ini hanya  isteri PM Malaysia yang menyimpan duit untuk beli cincin dari Jacob and  Company. 
PTPTN  boleh kita bayar dengan membatalkan sabsidi kepada IPP kesayangan UMNO  dan Dr Mahathir. PTPTN boleh di bayar dengan membatalkan subsidi kepada  operator dan pemilik tol lebuhraya. Hentikan subsidi kepada mereka!!! 
Jadi  jangan terpengaruh dengan janji palsu ketua UMNO dan BN ini. Keadaan  untuk Najib betul2 sesak dan terdesak. Dalam bahasa Inggeris ini dikatakan sebagai scrapping the bottom of the barrel. Kerak pun kerak lah.  Takpe bila makan mendatangkan pening kepala. Apa nak buat. Desperate  times call for desperate measures. Kalau pening telan panadol. Tak lut,  telan sahaja cincin atau beg tangan birkin hermes tu. 
Apa  yang Najib tak buat? Mempromosi diri melalui menghasilkan survey yang  menunjukkan bahawa 69% daripada yang ditemubual menyokong nya? Lihatlah- belasan tahun minda orang Melayu Malaysia diasak dengan cerita  seksual dan betapa besar saiz kemaluan Anwar Ibrahim. Maka hasil kajian  temubual pun mesti 69%- ini posisi seksual atau apa? 
Dalam  dunia ini, hanya Malaysia dan UMNO sahaja yang bergantung harap kepada  punggung orang lain untuk survivalnya. Apa jadi kepada pengadilan  ke atas punggung Saiful Bahri jadi penentu jatuh bangun UMNO dan  Malaysia. 
Kemudian  menghasilkan report card untuknya oleh dia sendiri? Orang yang buat  report card sendiri untuk dikemukakan kepada ibu dan bapa ialah orang  yang ada perkara yang hendak disembunyikan. Dunia ketawa bila Najib  buat kad lapuran ke atas diri nya. 
Berpakat dengan genster Melayu? Kaki pukul? Semua Najib buat asalkan boleh mendatangkan kemenangan.  Pahlawan  dan panglima- anda tidak ada ibu bapa yang sengsara dan abang, kakak  dan adik yang menanggung beban hutang? Panglima dan pahlawan melindungi  orang yang lemah dan tertindas – bukan menyebelahi penindas dan mereka  yang zalim. 
Kita  tahu bagaimana pasukan bermotor ini dikerah. Semua mereka menerima  bayaran untuk menujukkan bahawa force berada dalam tangan Najib. Hari  ini, ini sahajalah yang boleh Najib tunjukkan. Menakutkan rakyat dengan  mengembeling elemen2 yang boleh menakutkan rakyat serta ingin menunjuk  kepada kerajaan negeri bahwa dia ada kekuatan. 
Sejak  akhir ini, UMNO hanya ada strateji menakutkan orang ramai. Sebab itu  pegawai kerajaan yang saya ingat siuman sedikitlah fikiran mereka dan  pemimpin UMNO kes ana ke sini macam orang gila menyatakan bahawa jika UMNO  tiada maka orang Melayu akan hilang dan musnah, jika UMNO tidak ada ,  agama Islam akan terancam dan jika UMNO tidak ada siapkah yang akan  menjaga institusi raja Melayu? 
Saya  kira raja Melayu mampu menjaga diri mereka sendiri jika kita lihat dari  kemampuan seorang anak raja memukul seorang penyanyi sehingga pengsan  kerana berebut gadis yang jelita. 
Secara  serius, Inistutsi raja dijagai oleh perlembaganlah matnye, bukan  UMNO. Dan UMNO ternyata bukannya pertubuhan yang boleh dipercayai oleh  raja2 Melayu. Dalam krisis perlembagaan 1998, bukankan UMNO yang  mengepalai gerakan untuk menghina raja2 Melayu. Mustahil tuanku tuanku  semua dapat melupakan bagaimana raja dari benua Hindi  mahu menghapuskan raja2 Melayu? 
Perlembagaanlah yang melindungi insitusi raja dan kasih sayang semua rakyat yang  menentukan hidupnya insitusi raja Melayu. Dan semua rakyat bukan hanya  rakyat yang ahli UMNO. UMNO tidak lansung mempunyai moral standing untuk  mengakui mereka lebih menyayangi institsusi raja Melayu. 
DAP,  PAS dan sekarang PKR tidak pernah mengancam instusi raja Melayu. Yang  menggugat dari track rekodnya ialah UMNO. Maka adalah penipuan dan  hipokrasi tahap tinggi pada pihak UMNO bilamana ia mengakui konon  mempertahankan insitusi raja Melayu. 
No comments:
Post a Comment