Perhimpunan Agung UMNO yang sedang  berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sekarang  dikatakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 yang diramal  diadakan sebelum sambutan tahun baru Cina.
Perwakilan dan pemerhati parti dari  seluruh negara kecuali Sarawak, seperti lazimnya, menyambut baik saranan  dan nasihat presiden parti terutama yang bersangkut paut dengan  pemilihan calon pilihan raya akan datang.
Semuanya berjanji akan patuh menyokong  sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh kepimpinan parti. Itulah  gambaran yang dilakarkan oleh media terutama media yang dikawal atau  dikuasai  Umno.
Namun demikian, kita percaya bukan  semua ahli yang secara jujur dan ikhlas menyokong apa yang dinyatakan  oleh presiden parti, terutamanya mereka yang bercita-cita dan  mengharapkan untuk dipilih sebagai calon.
Presiden dan timbalan presiden UMNO  mengakui bahawa pilihan raya umum ke-13 bukanlah sesuatu yang mudah dan  disifatkan oleh orang nombor dua dalam parti itu sebagai 'ibu segala  pilihan raya'. Ini bermakna UMNO sedar bahawa bukan senang bagi parti  itu dan rakan-rakan kongsinya dalam Barisan Nasional (BN) untuk menang. 
UMNO sendiri sedar bahawa parti itu  mesti meletakkan calon yang boleh menang, iaitu calon yang boleh  diterima oleh rakyat dan ia tidak semestinya calon yang dipilih dari  kalngan pemimpin peringkat bahagian. Calon yang boleh menang mungkin  berada di luar bahagian berkenaan atau ahli biasa yang tidak menetap di  kawasan yang ditandinginya.  
Persoalannya, mahukah kepimpinan  peringkat bahagian menerima calon berkenaan kerana selama ini, UMNO  mengamalkan cara pemilihan calon yang bersandarkan kepada kepimpinan  peringkat bahagian. Inilah cabaran yang mesti dilalui oleh parti kerana  ia bukan sesuatu yang mudah.
UMNO sedar bahawa parti itu  menghadapi berbagai masalah,  kesulitan dan dugaan di kalangan ahlinya  sendiri selain menghadapi cabran hebat parti lawan terutama PAS. UMNO  telah melalui penyusunan dan perubahan sejak parti itu diharamkan oleh  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk terus kekal relevan dalam arena  politik Melayu.
Perubahan yang dilakukan  didorong oleh keperluan semasa tetapi ia belum mencukupi untuk menjamin  kelangsungan hidup parti terutama di kalangan generasi muda yang  mepunyai selera dan naluri kehidupan yang jauh berbeza dengan golongan  dewasa. Di sinilah letakn ya kelemahan utama UMNO berbanding dengan  parti-parti lawan.
Banyak isu dan kejadian yang  membabitkan tokoh-tokoh UMNO sama ada secara langsung atau tidak dilihat  sebagai barah yang sedikit demi sedikit memusnahkan kepercayaan. Isu  rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kehidupan mewah, kedudukan dan  pangkat tidak terlepas daripada perhatian rakyat.
Perkara ini berlaku kerana di  kalangan kepimpinan UMNO semua peringkat, ada diantaranya yang tidak  menyedari akan tangungjawab, tidak mengutamakan kepentingan parti dan  ahli-ahlinya kecuali kepentingan diri sendiri. 
Seperti yang ditegaskan oleh  presiden UMNO,  pemimpin dan ahli parti kena berubah, jika tidak mereka  akan diubah. Perubahan pasti akan berlaku pada pilihan raya umum ke-13  sekiranya UMNO salah pilih calon dan apa yang dapat dikatakan ialah  hampir separuh daripada wakil rakyatnya yang ada mesti diubah untuk  mengelak parti itu rebah. - Kuda Ranggi
Ahli jawatankuasa PKR, Dr Chong Eng Leong, berkata, selain