Zainal Keling buat kenyataan tidak berasas mengenai sejarah
Malaysia  ataupun Malaya tidak pernah  dijajah, kata Prof Zainal Keling. Ini  bermakna pelajaran sejarah yang  rakyat Malaysia pelajari di sekolah  selama ini adalah salah dan satu  penipuan besar.
Itulah yang dapat dikatakan.Jika  Malaysia atau Malaya tidak pernah  dijajah, kenapa pemimpin-pemimpin  negara perlu ke London untuk  berunding dengan pihak berkuasa United  Kingdom untuk mendapatkan  kemerdekaan?
Kenapa  kita perlu menurunkan bendera  Union Jack dalam satu upacara gilang  gemilang di Dataran Merdeka [Padang  Kelab Selangor] dan dinaikkan pula  Jalur Gemilang sebagai menandakan  tamatnya pentadbiran Inggeris dan  digantikan oleh pentadbiran atau  sebuah kerajaan merdeka?
Jika  negara ini tidak pernah dijajah,  siapa yang memerintah Melaka apabila  Portugis merampas tampuk  pemerintahan Kesultanan Melaka pada 1511?  Selepas itu diambil alih oleh  Belanda, kemudian Inggeris, selepas itu  Jepun dan akhirnya Inggeris  sebelum Merdeka pada 31 Ogos 1957.
Itulah  sejarah yang diajar dan  dipelajari di sekolah dan kepimpinan kita  sebelum dan selepas Merdeka  merujuk kepada Portugis, Belanda, Inggeris  dan Jepun sebagai penjajah.  Adakah mereka salah?
Kita  ingin tahu apakah tujuan sebenar  Prof Zainal Keling menyatakan bahawa  negara ini tidak pernah dijajah?  Adakah dia menafikan sejarah?
Atau ia tidak lebih daripada nak mengampu pihak tertentu.
No comments:
Post a Comment