Kalau
sudah tewas dari segi undi popular, belajarlah jadi kerajaan yang insaf. Jangan
rompak dan lanun. Jangan rasuah. Jangan nak buli rakyat. Undi yang BN perolehi
adalah suatu panggilan bangkit atau wake up call. Namun di lihat dari
kenyataan2 bongkak UMNO dan penyokong nya, nyatalah UMNO tidak sedar diri.
Presiden nya menyifatkan pencapaian UMNO adalah pencapaian terbaik.
Boleh
jadi penyokong UMNO masih tidak faham. Jumlah undi yang diperolehi oleh UMNO
ialah 3.24 juta. Ini jumlah undi keseluruhan dari semua kerusi yang UMNO
tandingi, kalah atau menang. Mereka menang 88 kerusi dan kalah dalam banyak kawasan. Dari 3.24 juta undi itu,
bukan semua datang dari pengundi Melayu. Habis kuat hanya 85% pengundi untuk
calun UMNO terdiri dari orang Melayu.
MCA
memperolehi 899 ribu undi. Parti Taib Mahmud 230 ribu. Parti MIC 290 ribu. Memanglah
ada orang Melayu yang mengundi calun2 komponen BN ini. Soalnya, besar mana
sangat?
PARTI
|
UNDI
|
PENGUNDI MELAYU(ANGGARAN)
|
UMNO
|
3.24
|
2.75(85%)
|
PBB
|
0.23
|
0.09(40%)
|
MCA
|
0.89
|
0.13(15%)
|
MIC
|
0.29
|
0.03(10%)
|
jumlah
|
4.65
|
3.00
|
Berapa
pengundi
Melayu? Katalah undi Melayu untuk MCA 15%- baru 135 ribu. Undi Melayu
untuk
MIC lagi rendah- 10%.=30 ribu. Melayu yang mengundi PBB=90 ribu.
Jumlahkan
semua- undi Melayu yang menyokong BN hanya lebih kurang 3 juta
sahaja.Tolak dan campur 10%, habis kuat 3.3juta. 3.3 dari 5.2 juta
sekitar 63%. tapi ini 63% daripada 5.2juta yang mengundi BN. peratusan
dari jumlah semua pengundi berapa?
Apa
yang UMNO nak bising mengenai sokongan orang Melayu kepada kepimpinan nya? Yang
undi direct kepada UMNO sekitar 2.75juta. 250 ribu datang dari pengundi Melayu
yang tak malu menyokong MCA, MIC dan PBB. Tapi tidak mengapalah- perasaan tidak
malu itu bukannya suatu kesalahan undang2.
Jumlah
pengundi Melayu dari 11.2 juta yang keluar mengundi ialah 7.8 juta. Suka atau
tak suka, penyokong UMNO kena terima bahawa 4.8juta orang Melayu menolak UMNO. Apalah
yang hendak UMNO bongkakkan?
Untuk
menutup kegagalan UMNO, maka penyokong2 parti tersebut lakukanlah kerja2 tak
senonoh. Buat analisa statistik konon. Data asas semua ada dengan SPR. Buatlah macam
mana pun, pengundi Melayu yang menyokong BN hanya sekitar 3 juta. 3 juta dari
5.2 juta penyokong BN, itu kira pencapaian yang ok juga. Hampir 60% undi untuk
BN datang dari orang Melayu.
Bagaimana
itu disifatkan kejayaan yang baik? Yang kata baik ialah antek2 media UMNO. Akhbar
arus perdana, penganalisa yang menyokong UMNO. Yang buat gambaran mengikut apa
yang mereka inginkan. Sayang nya, yang kita inginkan, tidak semestinya sama
dengan yang betul2 terjadi.
Yang
penyokong UMNO inginkan hanyalah hasil penceritaan yang disampaikan melalui
alat2 media yang mereka miliki dan kuasai. Mereka yang menguasai semua media
membentuk pemikiran dan minda rakyat. Apa yang tidak UMNO gunakan? Ancaman Cina
kepada Melayu? Agama? Seks dan kelucahan?
UMNO
yang menyebabkan rakyat menentang mereka. 51% menentang UMNO dan BN. kenapa? Kerana
UMNO menipu orang Melayu, UMNO tidak adil, UMNO zalim dan seterusnya. Pemimpin nya
tidak tahu mentadbir negara dan kabur kemana hala tuju negara. Najib seorang
pemimpin yang kosong dan tidak berbakat. Pesona Najib dicipta oleh media.
Media
yang mencipta pesona Najib. Sebab itu kita ada I love PM. Mengapa bukan I love
UMNO? Parti lebih besar dari Najib dan ini bukan plihanraya presiden. Tapi orang
UMNO semua sudah termakan daun ketum. Kepala mereka momoi.
Jadi
kalau hanya menang dengan sokongan minority, belajarlah menjadi kerajaan yang
insaf.
No comments:
Post a Comment