Sunday 12 August 2012

Konsep Kafir Harbi-zimmi - satu penjelasan

ULASAN Sesungguhnya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, kita dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud dan tidak mahu mendaulatkan Islam.
Tuan Guru Haji Abdullah Sa’mah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP.

PKR berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat.
Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami  mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global.
Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syari’ah dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi’),

Sheikh Rashid Ghanoushi  (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam. 
Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis.

Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul “Muwatinun La Zimmiyyun” (Kewarganegaraan Bukan Zimmi).
Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini.

Shaikh Taha Jabir al-‘Ilwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa. 
Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta’min – memang dicipta oleh para ‘ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah.
Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang.

Lebih menarik lagi, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun).
Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun). Di bawah kerangka ini,  konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi. 
Hasilnya,  semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir.

Adalah jelas, cara Umno menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa’mah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa.
Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, Umno kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka.  Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar.  

Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus Negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung. 
Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. Apakah agenda tersembunyi Umno dengan sengaja menimbulkan polemik ini?

PKR berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah Umno telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan.
Jelas dan nyata, Umno tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara selepas PRU ke-13 nanti,  kerana telah kehilangan arah,  hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan. Wallahu’alam.

DR MUHAMMAD NUR MANUTY adalah ketua penerangan PKR. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

PROGRAM LIGA FIKRI

Ahad, 12.08.12 - Program anjuran Lajnah Tarbiyah & kepimpinan telah diadakan di Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali bermula 9 pagi tadi. Pembentangan disampaikan oleh Yg berbahagia Ust Salehin Muhyi, Timbalan Pesuruhjaya 3, BPPNS

Tuesday 7 August 2012

Jangan lupa: Komunis, Puasa, China


  • Rahmat Haron
  • 10:50AM Jul 28 2012
 
KOLUM Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, kita sekali lagi cuba disajikan dengan propaganda usang dan lapuk, momokan hantu komunis dan pengganas Islam (dirujuk pihak berkuasa sebagai JI).  Bulan puasa, seiring dengan sambutan hari kemerdekaan – seperti selalu – dapat dimanfaatkan parti pemerintah untuk menyerang parti-parti Pakatan Rakyat. Masyarakat mahu diingatkan bahawa Mat Sabu bertanggungjawab membawa wacana sejarah yang menamakan Mat Indera sebagai tokoh kemerdekaan.

NONEDi sebalik propaganda anti-komunis ini, yang cuba diterapkan adalah tanggapan orang komunis itu tidak beragama, atheis, malah memerangi agama. Tanggapan (persepsi) pastilah ada benar dan ada salahnya. Tetapi tanggapan bukanlah fakta kebenaran. Makanya seorang pimpinan tertinggi parti Islam yang membela tokoh komunis Malaya, cuba untuk diputar serang-pesongkan tanggapan umum terhadapnya agar menjadi hodoh buruk pemerian serta gambarannya.
Seraya pembelaan perjuangan berdarah patriotisme merebut kemerdekaan tanahair daripada penjajahan Inggeris telah diserong pesong menjadi membela fahaman anti-agama, khususnya anti-Islam dan pro kepada rakyat berketurunan Cina di Malaysia. Komunisme adalah ideologi. Sistem aturan fikiran ideologi ini, sebagaimana salasilah agama-agama juga turut memiliki cabang-cabang mazhab berupa pecahan –– percambahan – penokok tambahan – penyesatan – atau perkembangannya. Komunisme, juga memiliki keragaman versi-versinya. Tidak sama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, dengan Parti Komunis China sekarang. Meskipun kedua-duanya adalah parti komunis.

Ia sebuah lagu lama dakyah perang dingin yang dinyanyikan semula dengan nafas mutakhir yang kurang segar. Lagu ini tetap didendangkan, walaupun fakta-fakta sejarah, penulisan biografi dan kesaksian bekas-bekas anggota PKM, khususnya mereka yang beragama Islam, menunjukkan hal yang sebaliknya.
Malahan fakta menunjukkan Mat Indera juga seorang guru agama. Sejarah boleh ditaksir baca bahawa sebenarnya bukan PKM yang menyusupi golongan kiri dan agamawan Melayu progresif. Pada tahun 2012 ini, melalui blog Mat Amin (http://matamin02.blogspot.com/) misalannya, kita dapat melihat hal yang sebaliknya berlaku. Apatah lagi dakwah serta perkahwinan campur Melayu-keturunan Cina telah meng-Islamkan ramai ahli PKM yang bukan Islam.

Kita mesti senantiasa beringat akan hal-hal berkait sentimen keagamaan, perkauman atau kebudayaan sesuatu etnik seringkali menjadi alat untuk dieksploitasi atau dimanipulasi sebagai kempen bagi mendapat sokongan politik. Baru-baru ini pula, saya membaca tentang tindakan Pemuda PAS dan terbaru Pemuda parti Umno terhadap nasib orang Rohingya.
NONESaya tidak bertujuan mempersoal hasrat atau niat tersirat di dalam hati masing-masing. Sekecil atau sebesar apapun, ia usaha mulia – kalau betul hajatnya. Cuma rasanya, Khairy Jamaluddin dilihat sebagai peniru atau cuba menutup kelemahan pihak berkuasa, lalu ikut menuruti jejak Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan. Dewan Pemuda PAS telahpun terlebih dahulu mengumumkan demonstrasi Munajat, sebagai setiakawan untuk rakyat Rohingya itu.

Masalah Rohingya bukan baru. Seperti Palestin, telah puluhan tahun wujud, sepertimana banyak lagi masalah-masalah perpindahan/pengusiran paksa di dunia hari ini. Kita tahu ramai pelarian Rohingya di Malaysia, yang pernah ditahan, tidak diiktiraf sebagai pelarian, dihantar ‘pulang’ hanya ke sempadan Thailand. Seterusnya para pelarian di sempadan ini perlu untuk sekali lagi melalui denai berliku jaringan sindiket pemerdagangan manusia yang penuh jerangkap itu, agar dapat sekali lagi sampai ke sini.
Lantas kebarangkalian mereka  untuk melalui lingkaran setan – perhambaan moden –pemerdagangan manusia – rasuah dan salah guna pihak berkuasa –  itu berkali-kali lagi, setelah berada di tanah Malaysia yang selamat ini, amat cukup besar sekali. Perkara ini pernah dikupas dan diungkap dengan teliti serta penuh menyayat hati oleh para pelarian Rohingya sendiri di dalam buku The Revolving Door, terbitan Tenaganita, pada tahun 2008.

Bukan ahli politik Malaysia saja yang menggunakan puasa sebagai modal buat dijual di pasar politik untuk dibeli (disokong) orang ramai. Presiden Amerika Syarikat (AS), Obama juga turut memanfaatkan Ramadan dengan memberikan ucapan selamat serta merayakan acara berbuka puasa di Rumah Putih. Apakah ucapan ini benar-benar ditujukan kepada umat Islam AS atau ke seluruh dunia, ataupun khusus dihalakan kepada pihak-pihak tertentu sahaja?
Polisi luar negara Amerika Syarikat sejak berdekad-dekad lamanya seringkali dilihat tidak mesra, malah memusuhi umat Islam dan negara-negara Islam. Barangkali ucapan Obama tersebut berkait rapat dengan dasar luar AS terhadap China dengan menghubungkannya kepada keadaan dan nasib umat Islam, di China.

Rumah Putih cuba menunjukkan kepada dunia bahawa AS yang ‘demokratik’ lebih peka terhadap ajaran Islam berbanding China yang ‘komunis’ kerana dilapor melarang rakyat minoritinya yang beragama Islam daripada berpuasa. Meskipun hakikatnya, di luar konteks ucapan sambutan puasa Obama itu – seperti yang terjadi di Timur Tengah, Afghanistan, Iraq, Palestin atau penganiayaan di kem Abu Gharib – Islam dicemari dan tidak dihormati.

Uighur (disebut Wee-gerz) merupakan kumpulan etnik yang berbahasa Turki, beragama Islam di kawasan Xinjiang. Dulu ia dikenali dengan nama Turkistan Timur. Secara sejarahnya, wilayah ini merupakan  laluan perdagangan ‘jalan sutera’ Asia Tengah yang penting. Interaksi para penduduk di wilayah ini dengan para pedagang serta pendakwah Arab, Farsi dan Turki, sejak tersebarnya hadis, “tuntutlah ilmu sampai ke negeri China,” telah membawa syiar Islam ke Xinjiang. Wilayah Barat Laut China tersebut kaya dengan hasil galian bumi, minyak, gas dan arang batu.

Awal minggu ini, Radio Free Asia melaporkan pihak berkuasa melarang sebarang bentuk kegiatan ibadat awam pada sepanjang bulan Ramadan. Menurut Dilxat Raxit,  jurucakap World Uyghur Congress, kumpulan pelarian yang berpangkalan di Munich, “para anggota Parti Komunis China (CPC), kakitangan kerajaan di Xinjiang dilarang daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan.”
Umat Islam di sana sentiasa dalam pemerhatian, kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Bagi para pekerja swasta dan para pelajar sekolah dan universiti pula, mereka disediakan makan tengahari. Ia pastilah membawa bermacam-macam tanggapan, atau barangkali tindakan.

Di sini ingin saya cadangkan Khairy  yang berhubungan rapat dengan Sekretariat Pemuda CPC, usulkan agar parti Umno yang telahpun menandatangani perjanjian hubungan rasmi (MOU) pada tahun 2010 dengan CPC untuk melakukan sesuatu. Inilah masanya untuk Umno membuktikan keperkasaan serta kejaguhannya di mata orang Melayu, umat Islam, rakyat Malaysia dan umat manusia sejagat! Moga umat Islam Uighur dapat diselamatkan, tetapi janji ditepati kepada CPC. Pautan video (http://youtu.be/t0o6qq7K7mk).
Kini, bagaimana pula jika orang bertanyakan tentang keterkaitan rasmi parti United Malay National Organization dengan CPC, yang menindas Wilayah Autonomi Xinjiang dan mendiskriminasi minoriti umat Islam yang ‘hanyalah’ berjumlah kira-kira 8 juta orang itu? Kita juga tahu, ada pelarian politik Islam Uighur yang dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia ke China, untuk berdepan pemenjaraan dan hukuman.
Entahkan hidup, entahkan mati. Menjadi amalan di China, anggota keluarga yang bertanyakan atau menghantar petisyen kepada pihak berkuasa China, berdepan ancaman, gangguan, ugutan, malah tangkapan ataupun ayat hambar kepada isteri tahanan, “baliklah jaga anak-anak di rumah.”

Rasa peri kemanusiaan bagi saya lebih besar merentas perbezaan mazhab-mazhab, kerasmian protokol agama-agama, sistem-sistem idea, etika, adat atau moral apapun di dunia. Kerana jika kita benar-benar tersentuh terhadap nasib golongan minoriti Islam di negara manapun.
Kita juga mesti tersentuh dengan nasib kezaliman tindakan diskriminasi terhadap golongan minoriti apapun dan di manapun, tanpa mengenal batas agama, kaum, gender atau latar budaya, mahupun asal negara seseorang itu. Lebih-lebih lagi kepekaan kita terhadap cara, dasar dan perundangan negara Malaysia sendiri dalam memperlakukan golongan minoriti. [Kita yang saya maksudkan – cukup sekadar yang membaca tulisan ini?]

aung san suu kyi released burma waves to crowdSuka saya kutip kembali, ucapan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi baru-baru ini, moga-moga dengan semangat bulan puasa, kita dapat belajar, paling kurangpun tentang jiwa dan akal budi diri kita sendiri. Meski konteks ucapan Suu Kyi merujuk kepada kesusahan para pelarian rakyat Burma, tetapi kesejagatan ungkapannya yang cuba diangkat:

“The French say that to part is to die a little. To be forgotten too is to die a little. It is to lose some of the links that anchor us to the rest of humanity. When I met Burmese migrant workers and refugees during my recent visit to Thailand, many cried out: “Don’t forget us!” They meant: “don’t forget our plight, don’t forget to do what you can to help us, don’t forget we also belong to your world.”

[“Ungkapan Perancis menyatakan berpisah itu untuk mati sebahagian daripada diri. Untuk dilupakan juga adalah untuk mati sebahagian daripada diri. Ia menghilangkan beberapa pautan yang menambat kita dengan seluruh umat manusia. Apabila saya bertemu para pelarian dan pekerja migran Burma dalam lawatan ke Thailand, ramai yang menyuarakan: “Jangan lupakan kami!” Maksud mereka: “jangan lupakan penderitaan kami, jangan lupa untuk berbuat apa yang kamu boleh buat untuk membantu kami, jangan lupa kami juga kepunyaan duniamu.” ]

RAHMAT HARON adalah seorang penyair, penulis dan seniman antara disiplin sepenuh masa. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Apa perlu / boleh kita buat?

Arab Saudi dan Zionis Israel
  • Hishamuddin Rais
  • 6:03PM Ogos 3 2012
 
Sebelum arwah ibu dan abah saya bertolak ke Mekah , mereka telah diberi kefahaman tentang perangai Arab Saudi yang akan mereka temui di Mekah dan Madinah. Penerangan ini diberikan oleh kaum keluarga yang telah menunaikan fardu haji lebih awal. Kisah dan tingkah laku perangai Arab Saudi ini hanya tersebar dari mulut ke mulut. Malah, semua bakal haji dari Malaysia telah sedia maklum serba sedikit tentang hal perangai Arab Saudi ini.

Tetapi ‘kisah' ini tidak pernah dihebohkan oleh media. Ia hanya menjadi ‘cerita-cerita rakyat'. Hujah penghalalan yang selalu kita dengar hanyalah: kerana itulah Muhamad dihantar ke Mekah... untuk mentamadunkan Arab.

Rasa saya 1,500 tahun adalah satu masa yang agak lama untuk proses melahirkan satu tamadun. Jika lembu atau kerbau dididik selama 1,500 tahun pasti lembu atau kerbau ini telah bijak bestari.

Tingkah laku lucah yang dilakukan terhadap warga asing yang menunaikan haji sering kita dengar. Kalau dibuku dan jilidkan telah melangit tingginya. Kisah-kisah keganasan yang dilakukan terhadap buruh import dari Pakistan, India dan Bangladesh yang memburuh di Arab Saudi akan meremangkan bulu roma. Keganasan seksual - rogol dan dera - terhadap pekerja wanita yang diimport dari Indonesia dan Filipina telah lama menjadi buah mulut.

Tetapi kenapa agaknya Hillary Clinton tidak bersuara tentang keganasan terhadap kaum sejenisnya. Kenapa CNN tidak membuat laporan? Kenapa Parlimen Eropah tidak bersuara? Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh berfikir. Jauh sekali untuk memandu kereta. Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian' dari Amerika terhadap Arab Saudi? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.

Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi ini adalah ‘scam' yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia. Arab Saudi membuktikan bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah dieksploit oleh keluarga Ibnu Saud.

Dari sudut sejarah, di zaman Nabi Muhamad tidak ada raja di Arab Saudi. Dalam kitab awal Ibnu Hisham - As-Sirah an-Nabawiyyah - yang ditulis 200 tahun selepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama raja, darjat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara radikal menentang kaum feudal kerana sistem feudal ini bercanggah dengan teologi Islam. Jadi dari mana munculnya Raja Saudi ini?

Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan ketua kabilah. Perbalahan dan peperangan antara suku dan kabilah sering berlaku di kalangan bangsa Arab ini. Maka di sinilah munculnya TE Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul.

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al-Saud, kekuatan kerajaan Uthmaniah di sebelah selatan - Jordan, Palestin, Syria dan Iraq - menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Secara resminya kuasa kerajaan Khalifah Uthmaniah dihapuskan pada 3 Mac 1924.

Akhirnya pada tahun 1932 lahirkan apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom of Saudi Arabia. TE Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homoseksual telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Arab Saudi.

Di sini saya ingin membawa para pembaca untuk untuk memahami konsep yang dipanggil geopolitik. Geopolitik ini ialah politik kawasan, bumi, tanah atau wilayah yang dianggap strategik dan penting. Strategik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilayah ini.

Pada hemat saya, jika Arab Saudi mengeksport petai dan jering maka setiap hari kita akan membaca tentang kejahatan kaum kerabat Saud. Kita akan membaca bagaimana kaum kerabat Saudi ini berpoya-poya berjudi di London atau Paris. Atau kesah keluarga Saud bercanda-canda di kota-kota besar di Eropah. Tetapi hakikatnya bukan petai dan jering tetapi bahan bakar petrol.

Arab Saudi adalah negara kedua dalam dunia - sesudah Venezuela - yang memiliki simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini Arab Saudi adalah negara pengeksport utama - 12 juta tong sehari - minyak mentah dari Saudi memasuki pasaran dunia. Justeru Arab Saudi adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung kuat dengan bahan bakar petrol.

Sayugia dikhabarkan di sini bahawa 15 daripada 19 orang pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Arab Saudi. Menjadi amat pelik - tindak balas dari George Bush bukan terhadap Arab Saudi tetapi kepada Afghanistan dan Iraq. Ini hanya satu contoh yang jelas di mana kuasa imperial Anglo-Amerika akan memelihara ‘keldai' tunggangan mereka dalam percaturan geopolitik dunia hari ini.

Ramai warga Melayu Islam mungkin tidak menyedari bahawa keluarga diraja Saudi ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki pertalian teologi dengan Islam. Malah, yang sahih, pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ejen yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Keluarga Saud ini bukan tidak pernah ditentang. Pada 20 November 1979 dahulu satu pemberontakan telah berlaku. Kaabah telah diambil alih selama dua minggu oleh kumpulan anak-anak muda yang menentang pemborosan, rasuah dan kelakuan kaum keluarga Saud. Keluarga Saud tergamam. Hanya dengan bantuan Amerika barulah pemberontakan ini dapat dipatahkan.

Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka Raja Saudi kini menggelarkan diri mereka "Penjaga Dua Masjid". Ini hanyalah tembok untuk mengolah persetujuan penganut Islam seluruh dunia bahawa keluarga Saud ini berhak k eatas tanah suci Mekah dan Madinah.

Melalui duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh dunia. Mengembangkan faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan, melalui pelbagai bentuk anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah mendana masjid, sekolah dan pelbagai bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan. Warga Islam di seluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang mereka lakukan atas nama Islam.

Pemusnahan artifak-artifak sejarah yang membina ingatan bersama budaya Arab/Islam dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh keluarga Saud ini. Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah menjadi ‘vulgar/lucah' dengan Mek Donald dan Kentaki Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluarga Nabi dianggap ‘syirik' tetapi menyembah Mek Donal dan Kentuki dianggap salih.

Para pembaca jangan tersilap faham tujuan tulisan ini bukan hendak menghina Islam tetapi untuk menunjukkan bahawa keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Islam dan rejim Saudi ini adalah sebahagian dari punca huru hara yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenis Saudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga dunia amnya. Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.

Setelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepada keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab. Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam ingin menggantikan dolar sebagai duit pertukaran jual beli minyak. Gaddafi dimusnahkan kerana Gaddafi menentang pangkalan tentera Amerika didirikan di Afrika.

Kini Bashar perlu ditewaskan kerana dari segi geopolitik wilayah Syria ini amat penting untuk tentera Amerika masuk menyerang Iran. Semenjak zaman berzaman - dari sejarah Perang Salib - kita mengetahui bahawa Damsyik dalam negeri Syam adalah kota strategik. Pintu ke Amman, pintu belakang ke Baghdad, pintu ke Lebanon semua bermula di Damsyik. Justeru pada tahun 2008 yang lalu kota Damaskus telah dinobatkan sebagai kota budaya Arab.

Semenjak dari ribuan tahun wilayah Levant inilah yang menjadi titik mula tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota kuno yang mengasaskan kemunculan kota Damaskus dan Baghdad yang akhirnya membawa Percerahan. Berbanding dengan Saudi - tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geopolitik untuk mengepong China dan Rusia kini sedang bekerjasama dengan Arab Saudi dan Isreal. Israel dan Arab Saudi dilihat sebagai ‘berseteru' tetapi dua negara sedang bekerjasama untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik yang berkemungkinan muncul di bumi Arab.

Pada tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan 60 bilion dolar melalui apa yang dipanggil military-aid package atau bantuan ketenteran. Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Arab Saudi.

Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam percaturan geopolitik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashir. Senjata yang dibeli dipasaran gelap dibayar dengan duit petrodollar Saudi. Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian Army. Free di sini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free' dari Arab Saudi.

Dari segi ideologi pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini sedang dijaja dari Moroko ke Maldivess. Dari Bahrain kena Bukina Faso. Dari Jerico ke Jakarta. Dari Dubai ke Dungun. Ajaran kolot Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan Arab Saudi terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad dari Iran bukan kerana Syiah atau kerana Sunni. Bukan juga untuk menegakkan syiar Islam. Penentangan ini lahir dari strategi geopolitik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk mengepong China dan menekan Rusia.

Thursday 2 August 2012

dari Warong Pak Yeh blog..

Ekonomi Swastakan Vs Ekonomi Rakyatkan


Minyak makin naik harga, bila diswatakan pada Petronas.
Untong ? Kroni dan Menteri  suka hati kebas.
Rakyat habuk pun tarak,melepas.
Minyak di rakyatkan, semua dapat untong,khalas.

 Bila petanian di swastakan kapada kroni.
Kroni impot beras/lembu, dan tidak bertani.
Ini membunoh petanian dan petani.
Untok hidup, rakyatkanlah industri tani.

Ayer makin naik bila BN swatakan pada Syabas.
Gaji RM1 juta sa tahun boss Syabas kebas.
Tidak termasuk untong dan projek tak iklas.
Kalau ayer di rakyatkan, semua dapat untong,khalas.

Letrik makin naik harga,bila BN swatakan pada Tenaga National.
Nak untong lebeh swastakan lagi pada pembekal letrik YTL
Bukhari pun masuk membekal, asal kroni Dr M, dapat bedal.
Rakyatkan letrik, basmi penswastaan, jadikannya industri halal.

Ubat dan doktor makin mahal bila di swastakan.
Siapa yang untong ,siapa yang rugi.?
Nak harga murah, sistem dulu di kembalikan.
Rakyatkan ubat dan hospital, harga akan jadi free.

Menuntut pelajaran, dulunya free.
Kini mahal kerana di swastakan.
Kaut untong kroni dan menteri.
Rakyatkan pelajaran, kita jadi aman.


 Ekonmi swastakan tidak menguntongkan kita.
Yang untong cuma kroni dan Menteri saja.
Rakyatkan ekonomi segala yang ada.
Nescaya rakyat aman dan bahagia.

Saturday 28 July 2012

Pemimpin UMNO jadi broker jual tanah milik Melayu?

Saya tidak terperanjat membaca laporan yang menyatakan dua orang pemimpin UMNO Pulau Pinang bertindak selaku 'broker' dalam urusan jual beli tanah milik Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau. Ia bukan sesuatu yang baru dan yang menghairankan.
Balik Pulau merupakan satu-satunya daerah di bahagian pulau yang majoriti penduduknya orang Melayu dan Ahli Parlimen juga Melayu. Jika kampung demi kampung milik Melayu dipindah milik ke tangan bukan Melayu, khususnya syarikat-syarikat pemaju hartanah, maka akan terhakislah 'wajah' perkampungan Melayu Pulau Pinang.
Siapa yang harus dipersalahkan? 
Selama ini, lebih tegas lagi selepas BN kalah di Pulau Pinang, pemimpin UMNO begitu kuat bersuara kononnya mempertahankan kepentingan Melayu terutama tanah milik Melayu. 
Siapa pula yang menjadi 'broker' untuk membeli dan menjual tanah milik 31 keluarga Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau? Bukankah ini perbuatan mereka yang tergolong dalam kategori munafik? Atau kata rakyat biasa "cakap tak serupa bikin" dan mementingkan diri sendiri daripada kepentingan orang Melayu secara amnya.
Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terang-terangan menyebut nama dua orang pemimpin UMNO berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pengarah Pilihan Raya BN Negeri yang juga anak saudara Musa, iaitu Omar Faudzar.
Menurut Guan Eng, kedua-dua Musa dan Omar meraih keuntungan 57 peratus atau RM5 juta melalui syarikat milik mereka, Maison Heights Sdn. Bhd. dalam tempoh tiga setengah bulan sahaja.
Tanah milik 31 penduduk kampung berkenaan dipindah milik kepada Maison Heights pada 31 Januari lalu dengan jumlah harga RM8.6 juta untuk kemudian dijual kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pada 16 Mei  dengan harga RM13.5 juta.
Saya percaya apabila Kay Pride atau syarikat lain yang bakal memajukan tanah tersebut dengan sama ada kondo mewah atau pembinaan hartanah lain, maka akan adalah NGO yang menyokong parti politik tertentu membuat bising dengan alasan mempertahankan kepentingan Melayu, dan yang akan dipersalahkan ialah pentadbiran negeri Pulau Pinang atau "kerajaan DAP". Wal hal, yang menjadi 'broker' dan meraih keuntungan atas angin sebanyak RM5 juta adalah  pemimpin UMNO.
UMNO atau mana-mana NGO "Melayu" Pulau Pinang tidak boleh mempersalahkan orang lain jika pemimpin mereka sendiri yang terlibat dalam penjualan tanah milik Melayu. Usahlah bersandiwara jalanan kerana rakyat tidak buta dan tuli untuk melihat dan mendengar apa yang berlaku.
Oh ya, jika ingin melihat 'perjuangan' pemimpin Melayu Pulau Pinang khususnya UMNO, lihat saja kediaman dan kereta mewah milik mereka. Baru-baru ini, ada seorang daripada mereka yang membeli sebuah kondo mewah di Persiaran Gurney (Paragon Gurney) bernilai lebih RM1 juta. Hebatkan pemimpin Melayu Pulau Pinang! 
Kita ingin membaca laporan Utusan Melayu mengenai perkara ini. Atau mungkin pengarangnya dah dapat arahan (perintah) untuk tidak menyiarkannya kerana ia tidak memberi 'kelebihan dan keuntungan' kepada UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan selepas umat Islam berhari raya. Mungkin itu agaknya. - dr blog KUDARANGGI

 

Monday 23 July 2012

Isu Air D Selangor - response rakyat

  • Muhammad Nazmi · Pengulas Tertinggi · Al-Azhar University, Cairo
    TUKAR KEREJAAN....!!!!!!
  • Kee-Keat Teh · Pengulas Tertinggi · umur 42 tahun
    Terbuktilah dgn demikian bahawa BN adalah tangan hitam di sebalik segala huru-hara salah urus bekalan air oleh Syabas di Selangor!
     
    Iesyam Mentari · Bekerja di Cleaner
    Biar rakyat selangor pulak yang buat keputusan.. Serahkan sepenuh kuasa kepada pembayar bil air..
  • Rosmadi Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
  • Pak Malek Baretta · Pengulas Tertinggi · 1,766 subscribers
  • Mohd Saufi · Pengulas Tertinggi · IAIN SULTHAN THAHA SAIFUDDIN JAMBI,INDONESIA
  • Adnan Yasin · Pengulas Tertinggi · SMK Seri Sendayan
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
  • Kamarulzaman Yusof · Pengulas Tertinggi
  • Kamal Arifin · Pengulas Tertinggi
  • Wan Asrul Afendi Muhammad · Pengulas Tertinggi
  • Jaafar Budi · Pengulas Tertinggi · UTM
  • Shakri Othman · Pengulas Tertinggi
    • Akmal Nazwan · Polimas
  • Sulhi Syahrul · KOLEJ UNITI
  • Sharul Nizam Salamaut Nasib · Pengulas Tertinggi · Photographer di PepoyoFoto
  • Mohd Yusuf Zainal Abidin · Bekerja di FRENZ HOTEL KUALA LUMPUR
  • CRizal Single · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rezaki yang halal
  • Mahayudin Mohd Jamin · Pengulas Tertinggi · Juruteknik Kanan di TM malaysia
  • Anuar Haji Yusoff · UiTM Shah Alam
  • Pakngah Rock · Pengulas Tertinggi · Kuli batak di PENCARI ROTAN
  • Bahrin Bin Sitam · Pengulas Tertinggi
  • Hizir Zakaria · University of Tun Razak
  • Daeng Alang · Pengulas Tertinggi · ITM Shah Alam.
  • Herman Gomez · Pengulas Tertinggi · Federal Institute of Technology, Kuala Lumpur
  • Muhammad Faris Amir
  • Suaib Otai · Pengulas Tertinggi
  • Abdullah Ghouse · Pengulas Tertinggi · University of Nebraska–Lincoln
  • Halim Yatim · Universiti Utara Malaysia
  • Paksu Wazir · Pengulas Tertinggi · SMK Raja Tun Uda
  • Muhammad Ashraff Lokman · Pengulas Tertinggi · Maxwell High
  • Hero Kampong Chipsmore
    • Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
      Hmmmm..ye ke tiada seorang pun yang layak ! bior benor..masalah sampah..dengor kabor ada unsur2 sabotaj..
    • Hero Kampong Chipsmore
      rakyat selangor sabotaj sbb diorg x nk uruskan mslh sampah sndiri..x gitu ke??
    • Mohd Ridzuan Isa · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
      rakyat selangor nak sabotaj wat per? kang busuk kampung sendiri. tapi kalau tengok motif, BN la nak sabotaj, biar busuk nama PR, senang nak rampas balik... ape bender ngan team jingga 13 tu? ada nilai ke?
  • Jebat Steady · Pengulas Tertinggi · Melaka
  • Md Khai · Pengulas Tertinggi · Seri Kembangan
  • Annuar Mohd · Pengulas Tertinggi
  • RamBut Uban Kilat · Pengulas Tertinggi · Indiana University
  • Al Rizal · Cisco Systems
  • Nur Cahaya Kasih · Pengulas Tertinggi
  • Triton Hilux · Pengulas Tertinggi
  • Irfan Malik · Pengulas Tertinggi · Bekerja di My own business
  • Saifz Mohd · Pengulas Tertinggi
  • Zool Walid · Pengulas Tertinggi
  • Nordin Mohamed
  • Governor Kaza KL · Pengulas Tertinggi
  • Mohd Ali · Pengulas Tertinggi
  • Zamri Mohamad · Pengulas Tertinggi · Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
  • Shafiq Norddin · Student di Universiti Teknologi MARA
    bangang la..bagi j la kerajaan selangor amik alih..dyeowang boleh selesaikan..menyubik je la kerajjan pusat..buat aq makin menyampah jek dgn parti bn nie..
  • Abu Salam Abdullah · Kuantan
    'Katanya beberapa perkara akan melibatkan selangor tetapi perbincangan hari ini adalah dalam ruang lintup kuasa persekutuan.'-- ni teknik nak menipu la ni...kah3. apa bendanya menafikan wakil selangor. kamon laa.. ni negara demokrasi. xabeh2 dengan perangai budak2...camne la leh jadi tpm hi3..
  • Abidin Ahmad · Pengulas Tertinggi
    TPM menggunakan kuasa diktator..jelas menggunakan institusi kehakiman bagi menghalang kerajaan selangor mengambilalih SYABAS..krisis SYABAS sepatutnya melibatkan pemegang syer..yang menjadi masalah ialah penglibatan BN dibelakang SYABAS..sewajarnya kerajaan selangor juga bertindak..ambilalih SYABAS melalui kehakiman juga..Sebaiknya BN tumpukan masalah rakyat yang bergelumang dengan kesusahan yang BN hasilkan..
  • Sheikh Adnan · ILSAS
    Kepentingan kroni mane boleh orang lain ambil alih, rugi beb.....
  • Ronny Phua · Pengulas Tertinggi
    menang bn tak otak., TAKUT SELANGOR AMBIL
  • Mohd Zahir Hambali · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Apa hendak diherankan..setakat air tu...minyak di Kelantan pun diambil olih kerajaan. inikah kerajaan yg bolih rakyat harapkan.? Kroni lebih diutamakan bukan rakyat diutamakan. Janji ditepati untuk bantu kroni....para lembu2 lain akan sokong habisan sebab..lembulah katakannnnn
  • Azman Shah · Pengulas Tertinggi
    Keputusan ini sudah dijangkakan.Mana brani kasi Kerajaan Selangor ambilalih SYABAS ? Kroni di utamakan..hahaa..
  • Izzuan Azmi · Pengulas Tertinggi · Ex Director di ESZI Enterprise
    adakah SYABAS satu2nya lubuk duit untuk kroni UMNOBN di negeri selangor?
  • Ru Van Persie · Pengulas Tertinggi · Night Porter di Malmaison Birmingham
    tak sempat laaa kau nak jadi pm muhiddin..kah kah kahhh =)))
  • Zul Long · Academic Staff di Limkokwing University of Creative Technology
    kerajaan nak tubuhkan Syarikat Air 1 Malaysia..untuk kita aje
  • Mohd Nadzmi Yusoff · Pengulas Tertinggi · SMK Kuala Krai, Kelantan
    Nampak sangat Kerajaan pusat nak mendera rakyat Selangor. Kalau bagi kat Selangor, pecahlah tembelang pimpinan UMNO yang bertopeng SYABAS
  • Shida Sham · Pengulas Tertinggi
    Air itu penting buat rakyat Selangor..tapi SYABAS lebih penting buat UMNO kerana syabas adalah kantung duit mereka..kroni UMNO makin kronik..:)
  • Mohd Ariff · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
    haha..Mydn2..pe la nak jadinya..
  • Nazri Hashim
    nak jaga ego punya pasai
  • Djusman Rasjidin · Pengulas Tertinggi · Darussyifa'
    Jgn lah nak menganiaya rakyat yg sudah sekian lama teraniaya di bawah amno.
  • Azizul Karim Abd Aziz · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Lombong Emas utk UMNONGOK dan kroni tu... Pancong aja TPM tu. Gila duit orang../
  • Jameaton Abdullah · Pengulas Tertinggi · SCHOOL OF MEDICINE , FLINDERS UNIVERSITY, ADELAIDE
    Sebab syabas tu kroni dia...ke?
  • Muhammad Chupri Ahmad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur, Malaysia
    Jangan menyerah YAB MB, kami sentiasa bersama mu.......
  • Teruna Desa
    skrg dh nmpk jelas kerajaan mana yg lebih baik..selama ni rakyat tak tau menilai antara permata dgn kaca..mmg la nmpk mcm BN bagus..setiap yg bagus mesti ada lg lebih baik..
  • Haji Hamdan Johan
    kita tunggu PRU13, bye, byem bn...
  • Zainol Idris · Pengulas Tertinggi · Jitra
    pak din jangan main politik air nanti air itu akan tenggelamkan kamu.
  • Rashid Yusof
    Apa jenis TPM ni...tak faham2 ker UMNO tak lagi laku di Selangor..
  • Ibnu Ya · Pengulas Tertinggi · The University of Alabama
    memang pusat mahu mendera rakyat.macam ni nak sokong lagi ka?cukup lah wahai bangsa melayuku(bangsa lain semua dah tak mau)kita humbankan be end pru 13 ni.
  • Saidon Din · Columbia University
    ooi.orang punya negeri pun kau nak kacau ke. g jaga air kat johor tu..nanti singapore sedut habis kedarah air kencing je orang johor
  • Mohd Zawi · University of Toronto
    ini adalah sandiwara bn,,,,, hahahahahaha
  • Ah Pai · Tinggisekali
    mn berita penuh? nk gak sbb xblh amik.
  • Azlan Bin Samsudin · Pengulas Tertinggi · SM Clifforf KL
    Dah cakap dah.... Mat Mentol ni tak de keje lain dah..... Sepatutnye dia sokong kerajaan negeri pye keputusan... bukanye nak selamatkan batang tengkuk perompak air kat Selangor ni.... OOOPPSSS lupa lak..... Perompak ni tak ke KRONI dia???? KRONI UMNGOK???? Dia ape peduli ngan kehidupan rakyat..... Yang dia tau.... masyukkkkkkkkk..... Kat Johor... dulu dia X puas jahanankan harta rakyat Johor.... La ni ... harta anak Selangor lak dia nak kacau..... bangsat pye Mat Mentol....
  • Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
    BAGUS BN CAMPURTANGAN DAN TIDAK MEMBENARKAN SYABAS DIAMBIL ALIH OLEH SELANGOR. BN TENGAH DI LIHAT SEBAGAI PENYANGAK RAKYAT MANAKALA SELANGOR DI LIHAT SEBAGAI HERO RAKYAT...BAGUS !!!
    • Bobby Kang Yong Huat · Pengulas Tertinggi · La Salle Klang
      Kerajaan jenis apa ini? CEO bersamaan dengan BN/UMNO buat helah, nak catu air? Nak naikkan harga air? Kerajaan apa ini? Segala yang berejaan WANG RINGGIT nak jugak dikontrol oleh KRONI-KRONI BN/UMNO?

      RAKYAT, APA jenis kerajaan ini?!!!!!!!
  • Saiful Al Malizie · Pengulas Tertinggi · Smkgs
    apa le muhyiddin , johor lagi perlukan air ...apa nak sebuk kat selangor ..
  • Hatta Nongah · Pengulas Tertinggi · SMVPD
    Ini Jawatankuasa Khas yang pada aku lebih baik tak ada daripada ada...sebabnya hanya ada puak2 UMNGOK/BN sahaja...jawapan tak perlu diberitahu kepada rakyat....memang berat sebelah punya....
  • Mohd Rosli B. Hassan · Pengulas Tertinggi · DEREKTOR UTAMA di Makmal le
    SYABAS sebuah syarikat swasta, kenapa Kerajaan Pusat nak back up lebih2 ni, sedangkan Kerajaan S'gor kerajaan yg dipilih rakyat, soalan saya nak utamakan rakyat ke utamakan kroni?senang je jawapan dah nampak kat situ.
  • Zul Suhaile Abdul · Pengulas Tertinggi · Safety & Security Manager di Metrojaya
    semua tak boleh tapi apa yang Umno buat nak selesaikan permasaalah ini nak tunggu pakaran ambil action baru nak komen lepas tu kata tak sesuai tindakan macam tu macam ini tapi umno buat keja jugak
  • Mohd Hanafi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di E-PC Services (M) Sdn Bhd
    minta TPM jgn mempolitikkan isu air ni.
  • Abg Seri · Pengulas Tertinggi · Polisas
    kenapa kerajaan selangor x dijemput ke mesyuarat ini??kn kerajaan selangor ada 30% saham dlm syabas
  • Lanun Mersing · Pengulas Tertinggi · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    Kerajaan umno BN buat begitu kerana bimbang bila kerajaan selangor berjaya mengatasi isu air akan menjatuhkan maruah mereka sedangkan selama mereka memerintah apa yang mereka buat untuk mengatasi masaalah ini? Jika dibuat empangan baru pun akan lebih menjurus mengenyangkan kroni kroni mereka.
  • Kyoshin Pj · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    BIOL DAN BENGONG............puak UMNO masih berangapan rakyat punya mentaliti rendah......langsung tak buleh berfikir.....aku undi ubah.
  • Amin Mohd · Pengulas Tertinggi
    Lidah bercabang....
    Takot nak umum pendapatan.... Kalau betul pendapatan dia tak seberapa kenapa takot nak umum..?
  • Nab Ab · Pengulas Tertinggi
    Apa punya baghal lTPM ni. hak negeri selangor panggil la org dari selangor.. ni ikut sedap dia je...paksa2 sruh oarang ikut dia...hampehhh punya TPM
  • Fadzil Hasan · Gua Batu Kapur,Ipoh Perak.
    Allah huma ya Allah Engkau binasakanlah mereka yg cuba menjadikan anugrahmu(air) itu sebagai harta2 fitnah mereka.
  • Wan Kasni · Pengulas Tertinggi · Kolej telekom
    nampak sangat kerajaan pusat bersekongkol dengan syabas.
    keperluan rakyat patut didahulukan dari kepentingan politik
  • Akmal Nazwan · Polimas
    tan sri khalid kata air kat empangan penuh siap melimpah...syabas kata nk catu air sbb bekalan air terawat semakin kurg..kiranya syabas la yang xwat kje n xpnah nk wat maintenance utk tmpt pnca bekalan air terawat..sbb tu air bnyk ilang..
  • Azhar Bin Samion
    AKU TAK FAHAMLAH. KERAJAAN NEGERI KENA BAYAR GANTIRUGI PULAK. BUKAN KAH ITU DUIT RAKYAT. SYABAS TAK ADA UNTUNGKAH SAMPAI NAK NAIK TARIF AIR.MCMNI BERNIAGA TAK MUNGKIN BOLEH RUGI. YANG RUGI RAKYAT.
  • Jayne Tay
    Since Syabas cant solve the problem y not bagi kerajaan selangor to solve it and our area still facing ganguan air almost tiap-tiap hari ni.
  • Yang Reti Base · Pengulas Tertinggi
    Ingat kamu wahai Muhyiddin dan Najib. Kamu berdua akan ditimpa kecelakaan yang dahsyat! Mengapa kamu berdua jahat sangat! Kamu berdua akan selamat jika kamu segera bertaubat!
  • Mahira Haji · Pengulas Tertinggi · UPM
    SYABAS HAK KERAJAAN SELANGOR. JANGAN MAIN BUAH TAK CERDIK WAHAI TPM!!! MOHON YAB SAMAN KERAJAAN PUSAT KERANA MENGHALANG HAK RAKYAT SELANGOR. SAMAN SEGERA!!!!
  • Zaini Altahari · Pengulas Tertinggi
    Nak bagi ambik alih macam mana ,, yg dok kat ataih geng sepusat sepusing,,,.ohhhh malaysia ku,, janji di tepati,,
  • Azizan Abd Rahman
    Buat kajian lain, adakah peruntukkan undang-undang tentang pengambilan alihan SYABAS dari kerajaan Pusat...Kalau dibiarkan sampai bila pun mereka ini akan mencari jalan untuk menggangu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
  • Mat Nizam Md Nidzam · Pengulas Tertinggi · HMO di KPM Consultant Group
    HA.. HA.. BODOHNYER MUHYIDDIN ...MACAM NI KE NAK JD PM... KALO DIA JD PM DAH TENTU ORG UMNO KENA JUAL DGN SINGAPORE... PANGGIL MEETING TP MB SELANGOR X DIJEMPUT. BODOH... KALO NAK ANIAYA RAKYAT SELANGOR TU BIARLA COVER SKET... BODOH BETUL MAT SEMBAB NI...
  • Abdul Ghaffar Abdul Rahman · Pengulas Tertinggi
    mmg. dah agak. para demokrat palsu ini akan guna seribu daya dan dalih utk. gagalkan hak kerajaan selangor ini.
  • Izat Ain · Pengulas Tertinggi · Sek men jalan kolam air batu pahat
    nampak sangat niat busuk TPM dan kerajaan terhadap negeri selangor !!!
  • Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi
    Kesian rakyat Selangor... selagi Umno perintah Malaysia, beginilah nasib rakyat Selangor, Kelantan, Terengganu...Malaysia. Banyak Putar Belit mendahulukan kepentingan kroni, nasib rakyat tidak di pedulikan...
    • Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi
      "Antara yang masih berbangkit dalam isu pengambilalihan SYABAS itu ialah kegagalan kerajaan negeri untuk membayar gantirugi kepada pemegang konsesi berkenaan apabila tidak bersetuju menaikkan tarif air berjadual".

      Nampak sangt kepentingan KRONI diutamakan.. Rasanya kalau BN pegang selangor maka AIR PERCUMA pun hilang.. Kenapa nak pentingkan pulangan kepada seorg MAKHLUK daripada kepentingan kepada rakyat selangor khususnya..