Monday, 4 July 2011

Larian 2 Julai 2011 - jadi kontroversi

Hari ini adalah hari yang kononnya akan mencipta rekod dan sejarah bila semua sekolah di seluruh Malaysia dipaksa untuk menjayakan program "Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia " yang kononnya akan melibatkan sejumlah 5.5 juta pelajar sekolah dan akan dicatatkan di dalam Malaysia Book of Record (MBR).

Dengan jarak larian cuma 1.5 km MBR akan dicipta pada hari ini.

Lucunya pegawai, guru dan kakitangan sekolah juga terlibat untuk berlari sama. Paling mengejutkan lagi saya menerima laporan dari ibu bapa ada sekolah yang mengeluarkan peliling yang meminta ibu bapa, waris dan keluarga pelajar untuk keluar beramai-ramai untuk terlibat sama dengan program tersebut. 

Program ini semacam dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Juga yang paling menyusahkan adalah setiap sekolah dikehendaki menghantar laporan beserta gambar/video sebagai bukti yang sekoah tersebut telah melaksanakan program yang saya tidak pasti apakah misi, visi dan matlamat.

Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang dasar 1murid 1sukan ini. Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah.

Dasar 1Murid 1Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Dasar ini juga menetapkan semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

Namun apa bila melihat kepada realitinya, sebenarnya dasar ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak sekolah di semua peringkat.

Pengalaman saya hampir 10 tahun sebagai guru di empat sekolah di lokasi yang berbeza seingat saya telah berhasil melaksanakan dasar ini sekian lama.

Kecualilah murid yang tidak sihat dan menginap penyakit kronik dihalang dari terlibat dengan sukan dan jumlahnya dalam peratus yang sangat kecil

Kerana itu bila saja program yang akan di lancarkan di Padang Esplanade Taiping pada hari dan semua sekolah pada hari ini juga memaksa muridnya berlari sejauh 1.5 km saya mula memikirkan betapa Menteri Pelajaran yang ada sekarang jelas "kurang berpelajaran" tentang kegiatan sukan di sekolah.

No comments:

Post a Comment