Saturday 8 June 2013

UNTUK RENUNGAN AHLI UMNO dari SAKMONGKOL

Kalau sudah tewas dari segi undi popular, belajarlah jadi kerajaan yang insaf. Jangan rompak dan lanun. Jangan rasuah. Jangan nak buli rakyat. Undi yang BN perolehi adalah suatu panggilan bangkit atau wake up call. Namun di lihat dari kenyataan2 bongkak UMNO dan penyokong nya, nyatalah UMNO tidak sedar diri. Presiden nya menyifatkan pencapaian UMNO adalah pencapaian terbaik.
Boleh jadi penyokong UMNO masih tidak faham. Jumlah undi yang diperolehi oleh UMNO ialah 3.24 juta. Ini jumlah undi keseluruhan dari semua kerusi yang UMNO tandingi, kalah atau menang. Mereka menang 88 kerusi dan kalah dalam banyak kawasan. Dari 3.24 juta undi itu, bukan semua datang dari pengundi Melayu. Habis kuat hanya 85% pengundi untuk calun UMNO terdiri dari orang Melayu.
MCA memperolehi 899 ribu undi. Parti Taib Mahmud 230 ribu. Parti MIC 290 ribu. Memanglah ada orang Melayu yang mengundi calun2 komponen BN ini. Soalnya, besar mana sangat?
PARTI
UNDI
PENGUNDI MELAYU(ANGGARAN)
UMNO
3.24
2.75(85%)
PBB
0.23
0.09(40%)
MCA
0.89
0.13(15%)
MIC
0.29
0.03(10%)
jumlah
4.65
3.00
Berapa pengundi Melayu? Katalah undi Melayu untuk MCA 15%- baru 135 ribu. Undi Melayu untuk MIC lagi rendah- 10%.=30 ribu. Melayu yang mengundi PBB=90 ribu. Jumlahkan semua- undi Melayu yang menyokong BN hanya lebih kurang 3 juta sahaja.Tolak dan campur 10%, habis kuat 3.3juta. 3.3 dari 5.2 juta sekitar 63%. tapi ini 63% daripada 5.2juta yang mengundi BN. peratusan dari jumlah semua pengundi berapa?
Apa yang UMNO nak bising mengenai sokongan orang Melayu kepada kepimpinan nya? Yang undi direct kepada UMNO sekitar 2.75juta. 250 ribu datang dari pengundi Melayu yang tak malu menyokong MCA, MIC dan PBB. Tapi tidak mengapalah- perasaan tidak malu itu bukannya suatu kesalahan undang2.
Jumlah pengundi Melayu dari 11.2 juta yang keluar mengundi ialah 7.8 juta. Suka atau tak suka, penyokong UMNO kena terima bahawa 4.8juta orang Melayu menolak UMNO. Apalah yang hendak UMNO bongkakkan?
Untuk menutup kegagalan UMNO, maka penyokong2 parti tersebut lakukanlah kerja2 tak senonoh. Buat analisa statistik konon. Data asas semua ada dengan SPR. Buatlah macam mana pun, pengundi Melayu yang menyokong BN hanya sekitar 3 juta. 3 juta dari 5.2 juta penyokong BN, itu kira pencapaian yang ok juga. Hampir 60% undi untuk BN datang dari orang Melayu.
Bagaimana itu disifatkan kejayaan yang baik? Yang kata baik ialah antek2 media UMNO. Akhbar arus perdana, penganalisa yang menyokong UMNO. Yang buat gambaran mengikut apa yang mereka inginkan. Sayang nya, yang kita inginkan, tidak semestinya sama dengan yang betul2 terjadi.
Yang penyokong UMNO inginkan hanyalah hasil penceritaan yang disampaikan melalui alat2 media yang mereka miliki dan kuasai. Mereka yang menguasai semua media membentuk pemikiran dan minda rakyat. Apa yang tidak UMNO gunakan? Ancaman Cina kepada Melayu? Agama? Seks dan kelucahan?
UMNO yang menyebabkan rakyat menentang mereka. 51% menentang UMNO dan BN. kenapa? Kerana UMNO menipu orang Melayu, UMNO tidak adil, UMNO zalim dan seterusnya. Pemimpin nya tidak tahu mentadbir negara dan kabur kemana hala tuju negara. Najib seorang pemimpin yang kosong dan tidak berbakat. Pesona Najib dicipta oleh media.
Media yang mencipta pesona Najib. Sebab itu kita ada I love PM. Mengapa bukan I love UMNO? Parti lebih besar dari Najib dan ini bukan plihanraya presiden. Tapi orang UMNO semua sudah termakan daun ketum. Kepala mereka momoi.
Jadi kalau hanya menang dengan sokongan minority, belajarlah menjadi kerajaan yang insaf.

No comments:

Post a Comment