Friday, 23 March 2012

buruk kelaku anak menteri

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri - sumber Malaysiakini
Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizPengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Friday, 17 February 2012

PERTANDINGAN MENGARANG CERPEN DAN PUISI MAULIDURRASUL

Pertandingan mengarang cerpen dan puisi (sajak) berunsur Islam sempena Maulidur Rasul 1433H/2012M Hadiah-hadiah lumayan disediakan untuk Cerpen kategori Remaja & Sekolah Menengah Atas, Kategori IPT & Dewasa dan Sajak.
Syarat penyertaan dan Hadiah
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir atau bermastautin di Negeri Selangor
3. Berumur 15 tahun ke atas
4. Ditulis dalam Bahasa Melayu.
5. Cerpen
- Kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas berumur 15 tahun ke 17 tahun
- Kategori IPT dan dewasa berumur 18 tahun ke atas
-Kategori remaja dan Sekolah Menengah Atas panjang cerpen 1000 hingga 1200 perkataan
- Kategori dewasa dan pelajar IPT panjang cerpen 2000 hingga 2500 perkataan
- Cerpen yang ditulis mestilah berunsur Islamik, menepati ciri-ciri sebuah cerpen konvensional seperti tema, latar, watak dan perwatakan, plot dan lain-lain.
- Cerpen ditulis dengan langkau dua baris dan font type Times New Roman, saiz font : 12
6. Sajak
- Tiada had umur
- Panjang sajak ialah 20 baris hingga 30 baris perkataan.
- Sajak yang ditulis mestilah bertema Islam, menepati disiplin penulisan puisi (sajak) konvensional
- Bentuk sajak eksperimental tidak dibenarkan.
7. Seseorang peserta dibenarkan menghantar hanya satu karya bagi setiap genre.
8. Cerpen dan sajak adalah hasil tulisan sendiri, asli dan belum pernah diterbitkan/ tersiar di mana-mana media cetak dan elektronik. Penganjur tidak bertanggungjawab dari segi undang-undang terhadap sebarang sabitan atau tuntutan mahkamah.
9. Biodata penulis hendaklah ditulis pada helaian yang berasingan dengan manuskrip.
10. Karya boleh dihantar menerusi email : sastera_rakyat@yahoo.com (sertakan biodata seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Umur, Alamat, Jantina, Kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas/ Dewasa dan Pelajar IPT serta Nombor Telefon.
11. Karya yang dihantar menerusi pos hendaklah dikepilkan bersama keratan borang penyertaan yang boleh didapati menerusi akhbar rasmi pertandingan. Alamatkan kepada : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PKM), DUN HULU BERNAM, BALAI RAYA JALAN BESAR, HULU BERNAM, 35900 HULU BERNAM, SELANGOR.
NO TEL: 05-4599810, 013-2477902 (NAHARUDDIN). Tulis perkataan : PERTANDINGAN MENGARANG di penjuru sebelah bawah sampul surat.
12. Pihak penganjur akan menghantar slip jawapan sebagai bukti penerimaan.
13. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan karya semasa proses penghantaran
14. Bukti pos tidak dilayan.
15. Karya-karya akan dinilai oleh panel berwibawa yang dilantik oleh penganjur.
16. Keputusan adalah muktamad. Surat menyurat tidak dilayan.
17. Pemenang setiap kategori akan duumumkan pada program Sambutan Maulid 1433H yang akan diberitahu tarikhnya kemudian.
18. Karya yang menang menjadi hak penganjur.
19. Tarikh tutup penyertaan ; 06 April 2012.
20. Hadiah :
- Cerpen kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas RM800 (Pertama), RM500 (Kedua), RM300 (Ketiga), RM 50.00 (5 hadiah saguhati).
- Cerpen kategori IPT dan Dewasa RM 1000 (Pertama),  RM800 (Kedua), RM500 (Ketiga), RM 100 (5 hadiah saguhati).
-Sajak RM300 (Pertama), RM 200 (Kedua), RM 100 (Ketiga), RM50 (5 hadiah saguhati).
21. Semua penyertaan akan diberi sijil.

Monday, 13 February 2012

KEJAYAAN KERAJAAN PR DI PULAU PINANG

Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pianang untuk Islam

Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008.  Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.   

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang'  di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu,  berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja,  Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh  minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta  wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan  berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang. 

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam. 

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet  2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja. 

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar  sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya  perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta


2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00


3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta


4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00


5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula  tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri


6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun


*FAKTA ADALAH  DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.
-BLOG KUDA RANGGI

Thursday, 26 January 2012

Dari blog penarik beca...

Harap sangat duit NFCorp tak digunakan untuk jatuhkan Rafidah Aziz

Kalau semuanya betul, telus dan bersih takkanlah Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Nak siasat apa kalau bersih dan tak seleweng? Malah, dia kata terus terang: "Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini".

Sebab itulah, ayam piru pun terguling-guling geli hati sangat apabila Fidlot Nasional Corp (NFCorp) bangga sangat sebab Ketua Audit Negara "tak pernah kata kami 'kucar-kacir'". Apa beza sangat antara lemah dan kucar-kacir?

Ketua Audit Negara bukan setakat membangkitkan kelemahan dalam perlaksanaan projek NFCorp, malah beliau juga kesal dengan mulut-mulut kurang ajar yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti Juruaudit Jabatan Audit Negara (lihat Sinar Harian 22/1/12 "Perkasa: Laporan Audit lemah, isu NFC dieksploitasi" dan TMI 23/1/12 "NFCorp dakwa kekeliruan entiti dalam laporan audit Ketua Audit Negara").

Di atas semua itu, yang mesti kita bagi perhatian habis-habisan ialah adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bagi RM250 juta kepada NFCorp ikut peraturan kewangan atau tidak? Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid sendiri yang memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas NFC sejak 2008 hingga 2009.

Tidakkah tindakan itu merupakan salah guna kuasa kerajaan Umno BN yang amat nyata apabila wang disalurkan kepada akuan khas tersebut sebelum perjanjian dibuat seperti yang ditetapkan prosedur dan peraturan kewangan? Itu isu utama yang mesti dipersoalkan habis-habisan. Dan, berapa banyak lagi kerajaan Umno BN berbagi sesama sendiri tanpa ikut peraturan kewangan?

Bukan tuduh, hanya berharap ja. Harap sangat-sangat la tidak ada satu sen pun wang RM250 juta kepada NFCorp digunakan untuk jatuhkan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai Ketua Wanita Umno pada pemilihan 25/3/09 lalu. Maklumlah, pemilihan Umno yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata parti perasuah.
Perkasa: Laporan Audit lemah, isu NFC dieksploitasi

(Sinar Harian 22/1/12): Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta.

Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala Pusat Fidlot Kebangsaan atau NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.

“Mohamad Salleh menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Laporan Audit Dalaman dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara.

“Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara, (Tan Sri Ambrin Buang) memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka,” katanya pada sidang media hari ini.

Hadir sama 12 pertubuhan bukan kerajaan, antaranya Majlis Usahawan Malaysia, Persatuan Anak-anak Kelantan Malaysia, Kelab Che Det, Majlis Perundingan Melayu, Persatuan Pemikir Profesional Malaysia, Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Blogger.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kekeliruan ini menyebabkan pembangkang mengeksploitasi isu untuk meraih sokongan politik daripada rakyat walaupun ia berat sebelah dan tidak benar.

“Pembangkang menggunakan pelbagai media baru untuk mengelirukan semua orang sehingga tidak dapat membezakan mana satu syarikat milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan agensi kerajaan.

“NFC yang dimiliki kerajaan yang memperuntukkan RM75 juta untuk projek fidlot dan NFCorp yang dimiliki Mohamad Salleh hanya melabur RM13 juta dalam kemudahan infrastruktur," katanya.

Beliau berkata, tidak timbul masalah pelaburan yang dilakukan NFCorp yang membeli kondominium mewah di Bangsar bernilai RM10 juta kerana perjanjian antara kedua-dua pihak tidak menyatakan syarat untuk membenar atau tidak berbuat demikian.

Sebagai syarikat swasta yang mencari pelaburan yang menguntungkan, kata Ibrahim, itu hak NFCorp kerana menggunakan wang poket sendiri dan tidak melibatkan wang kerajaan.

“Begitu juga dengan pusat penyembelihan dan ladang satelit telah dilakukan oleh pihak kerajaan (NFC) sebagaimana dalam perjanjian ditandatangani dan NFCorp (milik Mohamad Salleh) tidak mempunyai kuasa berbuat demikian ,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan berlaku penyalahgunaan kad kredit syarikat untuk tujuan pengembaraan dan hiburan, menurut Ibrahim, wang itu adalah milik NFCorp dan keluarga.

“Mereka berhak untuk berbelanja kerana wang itu bukan diambil dari projek fidlot. Lagipun, anak-anaknya sendiri yang menguruskan syarikat di luar negeri menggunakan kemudahan ini.

“Tidak timbul mereka salah guna wang untuk urusan perniagaan,” katanya.

Menurutnya, Mohamad Salleh juga memberi penjelasan mengenai dakwaan memiliki kereta berjenama Ferari yang dibeli dengan wang kerajaan sebagai satu pembohongan.

“Mereka hanya ada sebuah kereta Mercedes Benz, itu pun didaftar atas nama syarikat, bukan individu dan kegunaan untuk tujuan perniagaan,” katanya Ibrahim.
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

Friday, 20 January 2012

Anwar bebas, Umno pecah-Amin Iskandar
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila ditanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara sinikal beliau menjawab:
"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang.
mahathir ebook launching 091211 04"Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah."
Mahathir memang terkenal dengan komen-komen sinikalnya. Anwar Ibrahim adalah bekas anak didik yang ditatang beliau satu ketika dahulu.
Namun akhirnya Anwar menjadi musuh politik nombor satu Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu. Anwar juga merupakan satu-satunya ahli politik yang masih belum dapat “dibunuh” karier politiknya olehnya.
Ahli-ahli politik lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam dan ramai lagi, terpelanting dengan mudah apabila bertembung dengan Mahathir.
Sudah pasti Mahathir adalah orang yang paling tidak gembira dengan keputusan mahkamah tersebut. Jika Anwar didapati bersalah Isnin lalu, Mahathir sudah boleh berehat dengan tenang bersama keluarganya menghabiskan sisa-sisa hayatnya yang masih ada.

NONEApabila Mahathir berkata, “Mungkin ada pihak nak appeal, saya tak tahulah” – ini merupakan satu isyarat bahawa kes liwat II ini masih belum selesai dan sudah pasti bapa kepada Datuk Mukhriz itu mahu rayuan dilakukan terhadap keputusan mahkamah supaya perang liwat II berterusan.
Peperangan politik antara Mahathir-Anwar masih belum selesai walaupun ia telah memakan masa hampir 12 tahun. Suka tak suka pertembungan antara kedua-dua ahli politik ini telah mengheret seluruh negara bersama.
Glongan pro transformasi
Walaupun kecil dalam Umno, golongan ini sedikit sebanyak membantu memulihkan sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional (BN). Golongan ini, kebanyakannya, adalah bekas penyokong Anwar sewaktu dalam Umno dahulu.
Golongan ini gembira dengan keputusan mahkamah dan selepas selesai kes liwat II ini, mereka mahu perlawanan antara BN dan Pakatan Rakyat naik ke tahap yang lebih matang iaitu ke tahap polisi.
student handing memo to saifuddin abdullah on academic freedomTimbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah adalah antara yang tergolong dalam golongan ini. Keberanian beliau untuk berhadapan dengan politikus Pakatan dalam majlis-majlis debat sedikit sebanyak telah memenangi hati anak-anak muda dan pengundi atas pagar.
Akan tetapi di dalam parti Umno, golongan pro-transformasi terlalu lemah dan jika  transformasi politik itu bukan program Datuk Seri Najib Razak selaku presiden dan perdana menteri, sudah pasti golongan ini telah lama dikuburkan.
Sebab itu kita boleh lihat kurangnya komen-komen dari golongan pro-transformasi mengenai keputusan mahkamah Isnin lalu.
Mungkin golongan ini mengambil sikap berhati-hati oleh kerana kini, umum tahu golongan “garis keras” dalam Umno yang dipayungi oleh Mahathir sedang marah.
Sokong parti kuat
Politik Melayu itu mudah. Sokongan diberikan kepada parti yang kuat. Arwah atuk penulis sendiri pernah berpesan, jika mahu menyertai politik, ikutlah parti yang kuat.
Keputusan mahkamah Isnin lalu telah memberikan satu kekuatan baru kepada Anwar Ibrahim dalam usaha untuk memenangi hati majoriti pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar sekaligus menawan Putrajaya.
Bekas menteri Umno yang masih ahli parti tersebut, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir secara terang-terangan telah menunjukkan sokongannya terhadap Anwar.
Beliau hadir ke rumah Anwar dan menemani mantan timbalan perdana menteri itu ke mahkamah pada hari keputusan diumumkan.
Tindakan Kadir ini juga boleh dilihat sebagai isyarat jelas beliau tidak bersama Najib. Jika Datuk Zaid Ibrahim pada satu ketika dahulu dipecat dari Umno kerana hadir di kongres PKR, apa pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap Kadir yang juga merupakan timbalan presiden AMANAH – di bawah pimpinan Ku Li.
Setidak-tidaknya, penyokong Kadir akan mengikut jejak langkah beliau untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu kerugian politik kepada Najib Razak.
Apa yang bakal terjadi?
Kita lihat nanti apabila pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah Isnin lalu. Apabila itu berlaku, lebih jelas lagi perpecahan dalam Umno kelihatan.
Najib akan berusaha keras untuk pastikan keputusan mahkamah Isnin lalu kekal di mahkamah rayuan. Jika keputusan mahkamah rayuan berbeza, hilang terus kepercayaan golongan atas pagar terhadap program transformasi politik beliau.
Sementara golongan “garis keras” yang berdiri di belakang timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan Anwar disimpan dalam penjara agar ketua pembangkang itu mengalami nasib seperti mantan pengerusi Putera-AMCJA, Dr Burhanuddin Helmy – menghabiskan masa lama dalam penjara sepanjang perjuangan politiknya.
Jika gagal menjinakkan golongan garis keras dalam Umno,Najib akan berada dalam keadaan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apatah lagi pada ketika ini Umno mengalami masalah besar di basis sokongan mereka – Melayu kawasan pedalaman apabila Skandal NFC diketahui umum.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com  dan berkicau di   http://www.twitter.com/aminiskandar.

Friday, 13 January 2012

TAHUN BARU 2012

Mesyuarat JK memulakan tahun 2012 akan diadakan pada 15 Januari 201. Resolusi mesyuarat menyusul...