Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hamidi usah main politik murahan
Awal-awal lagi saya dah jangka pasti  ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan politik murahan berikutan  keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran  menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang  menurut hukum syarak.
Tetapi saya tidak pula menyangka  yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam.
Yang lebih mendukacitakan saya  apabila Zahid mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  selaku ketua agama bagi negeri Pulau Pinang dan mempersalahkan  pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.
Saya hairan kenapa Zahid  tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di  bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa  itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan  kerajaan negeri.
Di sinilah letak kesilapan besar  oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan  fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada  semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang.
Yang buat fatwa adalah Majlis  Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia  tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa.  Tak kan inipun Zahid tidak  tahu. 
Zahid juga kurang bijak dan  salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP  adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain  politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena  dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa  Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul  Malik Abul Kassim.
Sebuah NGO yang dinaungi oleh  semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh  Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof  Latif   menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan  menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa  Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia  sengaja mempolitikkan isu.
Zahid juga menuduh kerajaan  negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif  terhadap agama Islam dan ia  seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong. 
Dalam pada itu, Mufti Kerajaan  Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau  Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara  sebelum waktu solat subuh.
Perlis sokong kenyataan itu dan  Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr  Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan  azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum  subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah  kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam ....
Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w. 
Sementera itu, mantan Mufti  Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa  tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan  kehendak syarak.
Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.  
















Pada  seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli  jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah  kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah  sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua  pihak.
Selain  itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai  Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli  parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat. 

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.
Kuek Ser Kuang Keng -Ogos 2, 11 1:06pm