dr blog KudaRanggi
Rusuhan yang tercetus di England tidak  boleh disamakan dengan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan di  mana-mana termasuk di Malaysia. Ia adalah dua perkara yang berlainan.
Walaupun demonstrasi boleh  mencetus rusuhan, tetapi ia jarang berlaku. Lihat saja demonstrasi yang  kerap diadakan di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat apabila  rakyat menyuarakan sama ada bantahan atau penentangan terhadap sesuatu  isu, ia tidak pula mencetus rusuhan.
Adalah sesuatu yang tidak tepat  apabila ada pihak, termasuk pegawai atasan polis di Malaysia, yang  mengaitkan demonstrasi Bersih 2.0 dengan apa yang berlaku di England.  Demonstrasi Bersih 2.0 dihebohkan jauh lebih awal daripada tarikhnya  manakala rusuhan di bumi Inggeris dilakukan secara mendadak selepas  berlaku insiden seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis,  yang besar kemungkinan berkulit putih.
Pihak polis di Malaysia sudah  lebih awal bersiap siaga untuk menangani demonstrasi jalanan itu  manakala di England, mereka dikejutkan dengan rusuhan yang tiba-tiba  berlaku dan tidak bersedia untuk menghadapinya.
Apa yang boleh dipelajari  daripada rusuhan yang berlaku di England ialah penghijrahan  bangsa-bangsa yang miskin ke negara yang kaya atau maju boleh mencetus  masalah perkauman yang serius. 
Malaysia kini dibanjiri oleh  kaum pendatang bukan sahaja dari rantau Asia Tenggara tetapi Asia  Selatan dan Afrika. Keberadaan  mereka di Malaysia sudahpun memberi  sumbangan kepada peningkatan perangkaan  jenayah termasuk pembunuhan  ngeri.
Masalah atau kemungkinan ini  telahpun diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  Mohamad  10 tahun lalu semasa berucap merasmikan Diskusi 'Toleransi -  Model Malaysia' di IKIM, Kuala Lumpur.
Tun berkata masalah perkauman di  Eropah akan bertambah di masa-masa akan datang kerana mobiliti atau  pergerakan masyarakat begitu tinggi. Sempadan tidak boleh dikawal  seperti lazimnya dan penyeludupan manusia akan meningkat. 
Apa yang disuarkan oleh Tun  Mahathir 10 tahun lalu kini menjadi kenyataan. Rusuhan yang berlku di  England tidak boleh dinafikan sebagai sesuatu yang membabitkan kaum  pendatang yang turut dipanaskan oleh samseng-samseng kulit puteh yang  ambil kesemptan untuk mengganas.
Dengan bertambahnya bilangan  kaum pendatang, ancaman terhadap kaum asli atau rakyat asal akan  meningkat ke tahap yang tidak dapat diterima, walaupun ada penduduk  tempatan yang akan bersikap liberal dan kerajaan secara rasmi bersikap  toleran atau bertolak ansur, kata Tun Mahathir.
Tetapi, tambahnya, golongan  bawahan di kalangan penduduk tempatan yang menjadi majoriti akan menyoal  hak kaum pendatang dan tidak dapat bersikap toleran terhadap mereka.  Sekali sekala rusuhan kaum akan berlaku dan pada masa lain perhubungan  antara kaum tetap tegang. Toleransi hanya akan ada di mulut sahaja. 
Bahayanya, semakin ramai kaum  pendatang semakin buruk hubungan antara kaum dan semakin sukar bagi  masing-masing terutama penduduk asal untuk bersikap toleran.
Oleh itu, apa yang berlaku di  England harus dijadikan teladan terutama oleh orang Melayu kerana  sejarah bangsa menunjukkan betapa Melayu lebih mengutamakan keselesaan  hidup daripada soal-soal keselamatan dan kemajuan bangsa. 
No comments:
Post a Comment