Rosmah first, power second, Malays and Malaysian last - PENARIK BECA
Malaysiakini hari ni menghimpunkan komen-komen pembacanya di bawah tajuk "Muhyiddin first, Malay second, Malaysian last". Saya rasa tak berapa betul. Keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya nampak ialah "Rosmah first, power second, Malays and Malaysian last".Memang sukar dinafikan Najib nampak sangat kecut habis kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi, dia kecut dan takut bukan kerana Muhyiddin menjadi keutamaannya. Kalau boleh, hari ini jugak Najib nak hambat timbalannya itu dari mengacau kesedapan kuasanya. Takut Najib kepada Muhyiddin sebenarnya disebabkan takut hilang kuasa.
Muhyiddin dikatakan lebih berkuasa Umno kini. Ramai yang kata, sebahagian besar ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno kini adalah orang-orang Timbalan Presiden Umno itu. Dihebohkan juga, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya menumbangkan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya 2008 dahulu adalah tokoh utama di belakang Muhyiddin.
Tinggal lagi, Dr Mahathir tak nak lawan Najib macam dia lawan Abdullah dahulu. Dia dah serik. 2008 dahulu, bukan takat Abdullah yang jatuh. Umno dan Barisan Nasional (BN) juga turut terkorban teruk. Dr Mahathir tak mahu perkara seperti itu berlaku. Dia takut, silap-silap haribulan, orang yang paling dibencinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan naik pulak.
Dengan dakwaan bahawa pengaruhnya kian mencengkam dan mengancam serta disokong pula oleh orang-orang ternama Umno, semakin ramai orang melihat dan sesetengahnya cuba membuktikan dengan pelbagai cerita dan teori bahawa Muhyiddin kini adalah ancaman terbesar kepada kuasa yang dikongsi bersama oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan Najib (Dari segi turutannya, orang yang paling berkuasa di negara ini ialah Rosmah. Najib hari-hari dituduh sebagai pak yet Rosmah sahaja).
Oleh kerana Najib pun orang jugak dan bukan plastik, kayu atau batu, tentulah dia akan mempertahankan kesedapan kuasa yang membolehkan dia dan keluarganya dapat macam-macam (orang tuduh, anak nak bersedap-sedap dengan orang dari negara bersebelahan Mongolia pun tibai duit rakyat). Dengan latar belakang sedemikian dan dengan ancaman yang semakin kuat dari Muhyiddin terhadap kesedapan kuasanya, senarai priority Najib yang sebenarnya ialah "Rosmah first, power second, Malays and Malaysian last".
Kalau hampa tak nampak-nampak lagi, cuba perhatikan bahawa pilihan raya umum untuk mendapatkan mandat baru kepada kerajaan Najib seakan-akan tidak lagi menjadi keutamaan. Yang menjadi keutamaan ialah perhimpunan agung Umno 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini. Walaupun tak ada pemilihan, Najib terpaksa kukuhkan kuasanya dalam Umno dulu.
Macam mana dia nak buat, kita tengok sahajalah bagaimana Najib dinasihati dan diberi idea oleh Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide dan entah dari mana-mana lagi termasuklah blogger anti-Islam.
No comments:
Post a Comment