Hari
 itu 2hb. December 2011 bersamaan 7 Muharam 1453 adalah hari kedua 
Perhimpunan Agong UMNO yang ke-62 yang sedang diadakan di Putra World 
Trade Center, selalunya saya akan berada  di Restoran Riverside sambil 
menjual buku terbaru saya, tetapi pagi ini saya bersama Dr. Azizan 
bersantai di Starbucks, sementara  menunggu kedatangan Musli Oli  untuk 
bertukar-tukar buku. Saya meletakkan buku ‘Konspirasi Pak Lah & Susilo’ seperti yang biasa saya lakukan. “To see and to be seen”.
Sambil
 minum kopi di Shopping Mall yang
 berdekatan dengan Putri Pacifik Hotel, hotel 5 bintang di mana para 
pemimpin UMNO tinggal untuk menghadiri Mesyuarat Agung. Saya 
memerhatikan telatah ahli-ahli UMNO yang hampir semuanya Melayu yang 
memenuhi pusat membeli belah “shopping giller” yang memberikan saya inspirasi tentang ‘membazir itu sifat syaitan’ dan bertanya why, kenapa, when. Sampai bila Melayu nak ‘shopping giller’. Orang Indonesia akan kata ‘shopping bangat’.
‘Melayu oh Melayu’
 suka betul berhibur, terutama di tempat keramaian selain dari membeli 
belah sesuatu yang bukan keperluan di Shopping Mall Bandung, Jakarta, 
Medan, Vietnam, di Perth Australia, London
 ‘shopping giller’. 
| Najib pegang handbag | 
Mereka
 sepatutnya berada di dalam dewan. Kenapa boleh jadi macam ini? Lu 
fikirlah Bro. Demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian. Dan Tuhan 
tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.
Mencari
 kelemahan, memburuk-burukkan orang mengikut emosi dan suka hati kita 
memang mudah,  apa lagi mengumpat dan menfitnah, ini juga satu kesukaan 
orang. Kita tak berani mengkritik secara berterus terang konon takut 
kecikkan hati orang. Islam
 menuntut kita supaya berani mengajar kebaikan dan mengkritik untuk 
mengingatkan mereka. 
Mungkin
 mereka ini bukan ‘orang UMNO’ mengikut istilah Dato Sri Najib. ‘Orang 
UMNO’ (United Malays National Organisation) ahli pertubuhan Kebangsaan 
Melayu Bersatu itu orang Islam. Orang Islam (umat Nabi Muhammad SAW) 
hidupnya berpandu pada Al-Quran dan Sunnah.
Melayu
 sepatutnya jadi seperti ‘melukut ditepi gantang’ atau seperti ‘daun 
kari’ yang digunakan sekadar mahukan baunya saja bila kita masak kari, 
begitulah nampaknya nasib umat
 Islam hampir diseluruh dunia. Apakah kerana mereka tidak berfikiran 
kritis atau kerana mereka tidak suka membaca? Kenapa nasib mereka jadi 
seperti ‘sepah tebu’ yang dibuang oleh penjual air tebu seperti yang 
dilakukan oleh para pemimpin mereka. Sampai bila kita mahu membiarkan 
mereka seperti ‘kulit kerang’? Di negeri Arab kekayaan hasil minyak 
milik beberapa orang alat orang bukan Islam.
Sebagai
 penulis, saya memiliki ‘dunia’ saya sendiri yang saya fikir dan 
rasakan. Kemudian saya mulai menterjemahkan dengan ayat-ayat untuk 
menceritakannya kepada pembaca apa yang sedang saya saksi dan fikirkan 
kerana menjadi tanggungjawab penulis sebagai pemimpin pemikiran rakyat.
Anda
 juga selaku pembaca mempunyai dunia anda sendiri. Dengan ‘dunia’ 
 itulah anda akan membaca kata-kata saya tulis dari ‘dunia’ saya tadi, 
apakah frequency dan wavelength kita sama? Samakah presepsi orang 
syariat dengan orang hakikat?
Pernahkah
 anda bayangkan sambil bertafakur seperti apa yang sedang saya lakukan? 
Sampai bila ‘orang kita’ mahu jadi ‘daun pandan’ yang digunakan untuk 
mengharumkan nasi lemak? 
Sistem
 pendidikan di Malaysia belum mampu menjawab pertanyaan “why” kerana 
sikap orang kita yang tidak kritikal. Kita harus selalu bertanya 
“mengapa” untuk mendapatkan jawapan yang lebih dalam kerana kita adalah 
makhluk yang berakal. “Why” akan membuat anda mengetahui diri, tujuan 
Tuhan jadikan anda supaya dapat membandingkan diri anda, bangsa anda 
dengan bangsa-bangsa yang jauh lebih maju dan bangsa yang pernah 
dilaknat dan dibinasakan seperti terdapat ceritanya didalam Al-Quran.
Banyak
 infotaInment di Malaysia. Malaysia menjadi negara pemakai Facebook dan 
Twitter terbanyak. Sudah saatnya kita bertanya “mengapa” dan sampai bila
 kita mahu jadi bangsa yang bodoh giler? Lalu, hal lain yang lebih 
penting selain
 why ialah why not (kenapa tidak). Kita melakukan perubahan ‘mind set’. 
Pemikiran why dan why not menjadikan kita lebih detail dan kritis 
sehingga muncullah idea-idea cemerlang dan dapat menyelesaikan masalah 
yang berlaku di keliling kita.
Interaksi
 pembaca dan penulis pada hakikatnya adalah interaksi antar-‘dunia’ 
penulis dengan ‘dunia’ pembaca. Ketika anda sedang meneliti kata-kata 
saya, apakah anda dapat berada dalam ‘dunia’ saya atau anda masih berada
 dalam   ‘dunia’ anda sendiri?
Ada
 yang menuduh saya brutal, kejam,
 kasar dan kurang ajar kerana saya melupakan semua teori menulis. Saya 
hanya menuliskan ‘dunia’ saya untuk menemui dan mengakrabi ‘dunia’ 
pembaca saya supaya menjadi kritikal seperti saya untuk mengubah ‘mind 
set’ mereka yang masih berfikir dalam kotak.
Mungkin
 begitulah nasib pengundi Melayu yang digunakan di musim pilihanraya 
oleh mereka yang berebut kuasa mengikut nafsu serakah yang memecah 
belahkan ummah, akhirnya Melayu senasib dengan ‘daun pisang’ yang 
membungkus nasi lemak. Kalau anda sudah baca buku saya Nasi Lemak For 
VIP, anda akan faham bagaimana adanya VIP yang menganggap GRO Melayu 
sebagai hidangan nasi lemak. Kemana perginya tanda ‘haram’? Melayu itu 
Islam. Apakah para Ulama, Tuan dan Tok Guru sudah hilang penglihatan
 dan lidah mereka sudah jadi ‘lidah setan’ menghalalkan orang politik 
untuk merebut kuasa dan kekayaan, yang  berkuasa fikir mereka sudah jadi
 Tuhan? 
“Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri”. - Al-Quran. 
Ada
 juga OKU ‘orang kuat UMNO’ yang tidak berada didalam dewan, mereka ada 
agendanya sendiri. Mungkin tanda tunjuk protes, bosan dengan pucuk 
pimpinan yang mengamalkan politik Machiavelli. Sebelum PR-12, saya 
pernah suarakan dalam satu temu bual secara langsung dengan Zainaldin 
Zainal, bangsa kita ini sakit, emosinya sakit, jika penyakit bangsa ini 
tidak diubati Melayu bakal hilang kuasa
 politik. Sakit hati akibat kecil hati akibat pemimpin bersikap tidak 
peduli.
Air
 yang keruh di hulu masakan boleh jernih dihilir. Berapa ramai mereka 
yang memikirkan apa akan jadi pada UMNO dibawah kepimpinan Dato Najib 
Tun Razak PM ke-6, Presiden ke-7 yang kita tidak nampak hala tuju ke 
mana Najib nak bawa Melayu? Misi dan visi Tun Razak jelas, begitu juga 
Tun Mahathir dalam Dasar Ekonomi Baru, Pandang ke Timur dan Penerapan 
Nilai-Nilai Islam dengan membawa Anwar ke dalam UMNO. 
Siapa
 pun akan letih dengar celoteh para perwakilan yang datang
 bercakap dalam dewan, ‘buat sedap mulut untuk mencari perhatian, 
‘retorik’ hanya beberapa kerat saja yang berani berterus terang. Inilah 
padahnya bila masuk UMNO nak cari untung, ramai sangat yang sudah hilang
 semangat perjuangan. UMNO hari ini bukan lagi Pertubuhan Kebangsaan 
Melayu Bersatu, mereka sudah tidak bersatu hati, hidup sendiri sendiri, 
‘not one for all and all for one’.
Sambil
 menghirup kopi terlintas difikiran, mana tak seronok, semuanya 
disponser, makan, minum, hotel, kenderaan, selain dari wang sagu hati. 
Inilah akibat seronok jadi masyarakat ‘subsidi’, dari mula lahir ke 
dunia hingga mati bergantong pada ‘subsidi’, hidup tanpa ‘jati diri’. 
Itu pun ada yang merungut kerana bila tak ada pemilihan pucuk pimpinan,
 mereka tak dapat seperti musim pemilihan. Mereka terlupa bila hidup 
jadi alat, tidak sebebas ulat. Sudah 53 tahun merdeka ‘mind set’ hidup 
masih bergantung pada tuan bukan Tuhan. Mungkin mereka suka dijadikan 
seperti ‘daun kari’ dan ‘daun pisang’. Ruginya manusia yang tidak kenal 
diri sebagai khalifah diatas muka bumi.
Tangan
 yang berada di atas lebih berkuasa dari tangan yang menadah namun masih
 berbangga dengan slogan ‘ketuanan Melayu’. Tahukah anda perbezaan 
antara ‘hamba’ dan ‘tuan’? “Bersyukur dengan yang sedikit, Allah akan 
tambahkan. Seandainya anda tidak tahu bersyukur anda akan dilaknati.”  -
 Al-Quran. Pelik, berada ditaraf hamba masih tidak bersyukur. Kenapa 
tidak mahu belajar dari bilal yang dulunya hamba,
 bila beriman dan hanya Allah yang disembah, hidup bermaruah sepanjang 
zaman. 
Itulah
 yang sedang saya fikirkan, sementara menunggu Musli Oli penulis politik
 yang dulunya ahli UMNO Sabah yang akhirnya melompat jadi ahli PKR. 
Tukar parti politik bukan murtad. Sulaiman Al-Farsi pada mulanya 
menyembah api kemudian memeluk agama Kristian akhirnya Nabi Muhammad SAW
 menerimanya sebagai ahlul bait Rasulullah SAW. 
Musli
 tahu kekuatan BN bergantung pada pemimpin Sabah sebagai ‘fix deposit’. 
Berapa ramai yang sedar Dato Sri Lajim Ukin juga akan meninggalkan UMNO?
 Nasib baik Shafiee Afdal menang Naib Presiden, kalau tidak, tidak 
mustahil dia pun
 akan meninggalkan UMNO. Tahu kenapa? Tahu tak pa...! Siapa yang boleh 
tahan dengan Musa Aman, Ketua Menteri yang dilabelkan sebagai ‘vaccum 
cleaner’, antara orang yang terkaya di Malaysia kononnya Musa Aman 
(upti) ada membayar cukai pada Rosmah Najib untuk kekal berkuasa. Apakah
 Najib tidak tahu semua ini atau tutup sebelah mata? Semua ini tidak 
berlaku di zaman Tun Mahathir pemimpin Melayu terakhir. Bini tidak boleh
 turut campur dalam urusan negara.
Bukan
 saja pemimpin tetapi ramai penulis yang kecewa dengan sikap pemimpin 
UMNO yang ‘bakar jambatan selepas menyeberang’. Macam mana rakyat nak 
hormat jika rakyat tahu hubungan rapat isteri Rais dan Rosmah seperti 
Rosmah dan Sharizat. 
Disana
 sini orang bercakap pemimpin yang macam ini boleh mendapat jawatan yang
 penting? Salahkah bila akhirnya mereka memehak kepada musuh-musuh UMNO?
 Mereka tidak mahu menjadi ‘musuh dalam selimut’, tetapi jadi ‘tikus 
siber’ menyerang pemimpin UMNO yang telah mencetuskan permusuhan dengan 
penulis yang menjadi telinga, mata dan suara rakyat. Kalau ada pun yang 
tinggal dua tiga orang saja, itu pun species yang hampir-hampir pupus, 
yang masih berjiwa nasionalis dan patriotik. 
Dulu
 sebelum tertubuhnya pertubuhan politik menentang penjajah Inggeris, 
semangat Melayu mahukan kemerdekaan oleh
 pemikir dan penulis yang dilabel sebagai orang kiri menentang Inggeris.
 Nama para lagenda seperti Pak Sako dipadam dari sejarah, akhirnya satu 
persatu pemimpin UMNO merajuk bermula dengan Dato Onn, Dr. Ismail, Syed 
Jaffar Albar, Dato Harun dan akhirnya Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn 
mati di luar UMNO. Nasib baik Mahathir setelah keluar dari UMNO marahkan
 Abdullah Badawi masuk semula.
Pelik
 tapi benar. Dalam UMNO sendiri lebih ramai yang hipokrit. Hari ini 
orang sudah tidak takut lagi dilabel sebagai ‘munafik’ tetapi bimbang 
dengan label ‘racist’, lupakan perjuangan Melayu. Kita hari ini sudah 
jadi 1Malaysia. Cuba baca buku saya ‘Malaysia Without Malays’. Pemimpin 
dikeliling  mereka yang melekat seperti parasit yang hanya
 berpura-pura sebagai kawan tetapi spesis haiwan, pusing belakang musuh 
yang ketat, menikam dari belakang seperti pepatah Inggeris “dog eat 
dog”. Inilah yang sedang diperhatikan oleh “Penulis selaku telinga, mata
 dan suara rakyat. Kita hanya perlu takut pada Allah saja.
Kenapa
 mereka nak larang penulis jual buku setahun sekali?”, kata Pak Dhalan, 
orang kuat UMNO dari Batu Pahat yang kini tinggal di Subang ketika dia 
singgah minum bersama kami. Dia cukup marah, marah melihat saya yang dah
 lama tak masuk di Perhimpunan Agong tetapi duduk di bangunan The Mall 
kepunyaan kumpulan Sunway yang dimiliki oleh ahli-ahli perniagaan China.
 Saya jawab “Melayu, Cina dan India sama saja. Apakah ini bukan satu 
konsep 1Malaysia?
Memang
 ramai blogger yang suka duduk di Starbucks, ada yang tidak minum pun, 
sekadar beritahu kawan-kawan ‘aku ada kat Starbucks’. Kalau tidak ada 
ego bukan penulis namanya. Inikan pula penulis yang merasakan diri 
bertaraf lima bintang padahal ‘sengal’. Sudah ada tiga orang penulis 
yang berlainan mazhab, duduk semeja, berlainan frequency dan wavelength,
  tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain sama seperti pemimpin UMNO yang 
di dalam dewan, setangkai tetapi tidak sebau. Bukan saja musuh dalam 
selimut, gunting dalam lipatan, enemy within, ramai yang kosmetik dan 
lip service. Macam mana Najib tidak bimbang menghadapi PRU-13? Dia gagal
 menyatukan Melayu dibawah satu bumbung.
Inilah
 masalah terbesar ‘orang kita’, ‘Melayu’ yang sudah kehilangan haluan 
hidup akibat sekulirisme dan librisme, sudah tidak lagi terikat pada 
perintah Allah.  “Watusimubillah wala tufaraku” akibat tidak memahami 
hakikat dan tujuan hidup selaku khalifah diatas muka bumi. Terlupa yang 
mereka dijadikan sebagai ‘master of the universe’ bukan jadi seperti 
‘buih diatas lautan’ yang terumbang ambing bila ditiup angin. Akibat 
ramai yang  meninggalkan ‘adab’ dan tidak ramai yang berilmu, ilmu 
syariat, hakikat, tarikat dan marifat untuk melayakkan diri mereka jadi 
pemimpin umat Islam. Melayu adalah bangsa terakhir di muka bumi ini yang
 semestinya Islam yang tidak terjadi hatta bangsa Arab yang Nabinya 
Arab, bahasa Al-Quran bahasa Arab. Apakah tidak mustahil Islam akan 
muncul dari Timur bukan Timur Tengah? Apakah
 kerana itu Mahathir suruh kita pandang ke Timur, Korea dan Jepun dimana
 kita lihat Islam menjadi cara hidup tanpa umat Islam sekadar 
keturunan. 
Bayangkan
 pada hari Persidangan UMNO dimana ahli politik sepatutnya ‘memerah 
otak’ memikirkan nasib masa depan bangsa Melayu dan anak cucu mereka 
yang sedang hidup terumbang-ambing, terbuang seperti sampah masyarakat, 
berjuta sudah sesat, ratusan ribu sudah murtad, mereka masih punya 
agenda tersendiri. Islam apa namanya ini? Cukuplah media massa arus 
perdana membelasah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim itu siapa? Bukankah 
mantan Timbalan Presiden UMNO. Satu jari telunjuk mengarah kepada Anwar,
 tiga jari lagi mengarah kepada pemimpin UMNO yang berada di dalam 
dewan. Duduk dalam rumah kaca, jangan main
 baling batu ke rumah orang.
Bilakah
 lagi pucuk pimpinan mahu menanamkan semangat sense of belonging dan 
sense of responsibility untuk mengubah ‘mind set’ mereka yang bukan saja
 tidak mengamalkan ‘fardu ain’ juga ‘fardu kifayah’.
Apakah
 mereka tidak ada perasaan terhadap saudara mereka sendiri dan tidak 
takut pada Allah? Bukankah Allah itu lebih dekat pada leher manusia? 
Bukankah cintakan saudara itu sebahagian dari iman?1Malaysia sepatutnya 
bermula dengan Melayu, tak ada Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, 
menyembah Tuhan ‘Hubbul
 watan minal iman’, cintakan negara itu sebahagian dari iman, ini slogan
 ‘hidup Melayu’ yang sudah dilupakan. Siapa yang nak bunuh Melayu? Siapa
 yang nak matikan Melayu? Siapa yang makan melayu? Lu fikirlah Bro.
Sampai
 bila pemimpin dan keluarga serta kuncu-kuncu mereka mahu leka mengumpul
 harta sebanyak-banyaknya dan disimpan di luar negara dan dalam negara, 
rakyat sekadar tengok aje?  Sama seperti ‘orang kita’ yang masih tidak 
cukup berhibur di ‘Jom heboh’ dan segala upacara hiburan, terutama bola 
dan rancangan hiburan di TV di rumah? Masa berhimpun untuk berfikir 
mengenai masa depan agama, bangsa pun ada agenda hiburan dan mengutuk 
Anwar dan PAS tapi tidak mahu membersihkan kotoran pada diri sendiri.
Bayangkan
 apa presepsi kaum lain terhadap ‘orang kita’? Salahkah mereka 
memperkotak katik dan bukan saja memandang rendah dan mentertawakan 
mereka yang memperniagakan ‘ketuanan Melayu’? Sudah ada 1Malaysia mana 
ada Melayu lagi, melainkan mereka yang revive. Tuan apa benda? Yang 
masih tinggal Tuanku pada raja-raja Melayu, itu pun entah berapa lama 
lagi. Hendak cakap tentang tanah air tetapi duduk di rumah PPRT, rumah 
burung merpati, lantainya bumbung orang, bumbung rumah lantai orang 
diatas, berkongsi dinding, anak ke universiti akan berhutang sampai 
mati, hidup dengan ‘mind set’ subsidi.
UMNO
 adalah Melayu. Menjadi tanggungjawab pemimpin UMNO menjaga Islam dan 
Melayu, bukan mengutamakan anak isteri dan mereka yang bertuankan anda. 
Melayu mesti menjaga UMNO jika hidup tak hendak layu. Hendak jaga macam 
mana, UMNO sudah jadi milik keluarga bukan lagi rakyat yang marhain. 
Untuk apa berdegar-degar cakap tentang ‘ketuanan Melayu’ jika kita tidak
 sanggup ke penjara menyabung nyawa untuk mempertahankan maruah Melayu 
untuk menghidupkan semula Islam yang hampir mati dalam diri Melayu.
Pemimpin
 Melayu ‘apa benda’ jika sanggup  menjualkan roh pada setan, menjual 
bangsa, negara dan agama namun masih menuntut dihormati disanjung dan 
disayangi. Pelik, persidangan UMNO dianggap sebagai hari raya bagi 
sebahagian
 dari mereka. Apa jadi bila UMNO terkubur sekali lagi? Baca balik buku 
saya ‘Talqin Untuk UMNO’. Bila UMNO mati akibat perebutan kuasa antara 
team A dan team B, akhirnya muncul Parti Semangat 46 yang dipimpin oleh 
Tengku Razaleigh Hamzah yang kalah merebut kerusi Presiden dari Tun 
Mahathir.
Tidak
 semena-mena, Zaharin Mohd Yassin menjelma, semua mata tertumpu kepada 
‘Sang Kelembai’ yang terkenal dengan mulut besar yang amat celupar. 
Siapa pun dia tidak peduli, Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM dianggap 
seperti ‘paria’, memang ramai pun yang pandang Naib Presiden UMNO 
sebelah mata. Zaharin maki hamun Muhyiddin dengan bahasa ‘kurang ajar’ 
sedangkan dia ahli UMNO. Macam ini punya ahli UMNO pun ada. Pemimpin 
ditentang, siapa yang  boleh
 displinkan Zaharin? Ada orang kata ada konspirasi untuk menjatuhkan 
Muhyiddin yang tidak sehaluan dengan Najib. Siapa punya agenda?
Zaharin
 terkenal dengan watak kegilaannya.  Boleh dikatakan hampir semua 
pemimpin atasan dan orang-orang lama UMNO mengenali beliau menganggap 
dia ‘gila’, dia tidak peduli pun. Dialah orang yang pertama melanyak Pak
 Lah tanpa sedikit belas kasihan. Ada yang kata dia bebas berbuat 
demikian kerana ada hubungan dengan orang dalam. ‘Kabel’ dia kuat ‘high 
voltage’. Lebih kurang macam itulah presepsi ramai orang terhadap saya. 
Ramai yang bertanya macam mana saya masih bebas, sepatutnya saya 
merengkuk dalam penjara tetapi tidak kena ISA hingga Najib menghapuskan 
ISA. Ramai yang terlupa “Allah adalah
 sebaik-baik penjaga. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak dari Allah -
 Al-Quran.” Takut apa pada manusia jika kita sudah takut pada Allah yang
 Maha Esa.
“Pak
 Tuan, saya nak cari buku Pak Tuan, sebab Rosmah suruh cari.” kata 
Zaharin. Saya memandang tepat ke muka Zaharin. “Biar betul ni bini 
Perdana Menteri suruh Zaharin beli buku yang menghentamnya”, bisik hati 
kecil saya. “Boleh, tapi satu buku seratus ringgit tau!”
“Seratus ringgit, lima puluh tak boleh ke?”
“Patut
 ke dengan Big Mama yang cincinnya berjuta ringgit, harga satu ratus 
ringgit Dr. Zaharin kata mahal?” Saya minta kepastian. Zaharin senyum 
lebar seluas mulutnya. ‘Think big’. Sepatutnya Zaharin yang suka kepada 
benda-benda besar ‘think big’. 
“Betul,
 Rosmah yang hendaklah, saya tak tipu Pak Tuan”, Zizan dan Musli 
memandang ke Zaharin juga meminta kepastian, begitu juga Hatta 
Al-Mukmin, saya sekadar mengadakan ‘eye contact’.
“Betul Zan,” kata 
Zaharin sambil mengeluarkan telefon bimbit. “Engkau tengok ni, dia SMS 
kat aku,” kata Zaharin dan terus menunjukkan sms yang dikirimkan oleh 
Datuk Seri Rosmah kepadanya. Hebat betul Rosmah ni, Zaharin boleh 
diperalatkannya tetapi sampai bila? Cakap seorang diri ini sedap. 
“Jangan mudah terpengaruh dengan mata, apa lagi dengan manusia yang suka
 tengok orang dengan ekor mata. Siapa tahu ianya mungkin satu fitnah?”
Kisah
 percintaan Najib ini seperti Puteri Gunung Ledang yang berjaya 
merosakkan Sultan Mahmud Shah, Sultan yang sanggup merosakkan bangsa 
agama dan negara semata-mata kerana nafsu. Ramai yang mengutuk kata 
Zaharin ‘gila’ tetapi penakut macam lelaki yang
 hendak kahwin satu lagi, ingin tetapi takut, bukan takut bini, bini 
tidak takut dengan dia, nama manusia yang penakut tak akan ada dalam 
sejarah seperti para lagenda Melayu sebelumnya.
Saya
 membaca ayat demi ayat yang dikirimkan yang terdapat dalam telefon 
genggam Zaharin  oleh wanita yang bergelar “first lady” yang sangat 
dibenci oleh masyarakat tak kira bangsa meluat tengok muka Rosmah yang 
amat disayangi oleh Najib. Najib sanggup buang anak isteri bila 
mengahwini Rosmah, cinta mereka seperti Shah Jahan dan Mumtaz Mahal yang
 hidup diabad yang ke-17. Najib menamakan Rosmah ‘first lady’ seperti 
Shah Jahan menamakan Arjumand Banu Begum, Puteri Persia Mumtaz Mahal 
‘Jewel of the Palace’.
Mungkin
 benar, Rosmah kekasih Najib seperti kisah Mark Antony dan Cleopatra. 
Rosmah yang menghantar sms itu kepada Zaharin tetapi kenapa Zaharin? 
Rosmah tidak cantik macam Cleopatra, dia pendek tetapi dia cerdik tetapi
 malang kedua kekasih itu mati bunuh diri dalam keadaan yang sangat 
trajis bila ditentang oleh tentera Rom. Kisah percintaan Antony dan 
Cleopatra ini menjadi pilihan William Shakespeare. Cleopatra adalah 
Firaun Mesir yang terakhir, apakah Rosmah akan menjadi wanita pertama 
dan terakhir menduduki Putrajaya? 
Apakah
 Rosmah bakal merosakkan nama Najib, keluarga, UMNO dan Melayu?
 Najib dikatakan mencurigai Muhyiddin (Brutus) seperti Sulaiman Palestin
 yang melawan Hussien merebut kerusi Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 
yang akan ditentang.
Rosmah
 tidak takut dengan gosip dan kritik, dia peduli apa masalah Najib yang 
menjadi pemimpin negara. Yang penting dia sudah jadi wanita pertama dan 
kisah cinta Najib pada Rosmah yang sudah menjadi lagenda, sudah terpahat
 dalam sejarah Malaysia. Dia tahu Najib baik, tidak pandai marah. 
Salahkah dia mengambil kesempatan menunggang Najib? Walaupun dia anak 
Chegu sekolah bukan seperti Cleopatra Raja Mesir. Sejarah akan berulang 
dengan kisah Octavia anak angkat Caesar.  
Kalau
 Imelda menunggang Marcos boleh, Ibu Tien boleh mendapat kasih sayang 
dari Pak Harto, kenapa Rosmah tak boleh? Dia sudah memberitahu Media 
Massa dia tidak takut dan tidak peduli dengan kritik. Dia bini Perdana 
Menteri yang penuh berkuasa, siapa yang boleh buat apa-apa pada ‘first 
lady’, seolah-olah dia mempunyai kekebalan padahal dia sedang buat kerja
 orang ‘bebal’. Inilah keadaan manusia bila ditonggang oleh nafsu, cinta
 kegilaan dunia seperti kisah puteri ular puteh. Ular putih (puaka) ini 
boleh bertukar jadi manusia. Satu hari ketika menjelma sebagai manusia 
dia terjumpa seorang terpelajar yang budiman, dia jatuh cinta, mereka 
berkahwin. Satu hari ketika Fa Hai seorang sami Buddha terjumpa rahsia 
sebenarnya Lady Whitesnake, dia beritahu suami ular siapa isterinya 
sebenarnya. Dia beri isterinya makan sejenis ubat, dia bertukar
 menjadi ular semula melihat siapa isterinya sebenar, dia jatuh pengsan 
dan terus mati. 
Kalau
 Rosmah ada ‘adab’, dia tidak buat kerja-kerja yang boleh merosakkan 
imej Najib dan UMNO serta kerajaan Malaysia. Zaharin kata ‘buku merah’ 
disuruhnya masuk ke dalam sampul surat dan diberikan kepada 
bodyguardnya. 
Tanya
 berapa kerat yang menghadiri perhimpunan yang suka dengan Rosmah? 
Perkara macam ini tidak pernah berlaku pada Perdana Menteri sebelum 
Najib. Selaku penulis dan pemikir yang mendokumentasikan sejarah, saya 
fikir lebih baik
 saya tulis kisah cinta Rosmah Najib seperti Romeo dan Juliet dari 
merakam kisahnya selaku Perdana Menteri, pasti buku saya akan muncul 
semula sebagai ‘best seller’. 
petikan dari  http://shalattas.blogspot.com/2012/06/memo-untuk-najib-2012-bila-melayu.html 
No comments:
Post a Comment